Posts

Showing posts from April 2, 2011

ALFATIHAH BUAT KOMPOSER SERI BAYU YANG TELAH PULANG KE RAHMATULLAH

Tadi blogwalking singgah ke blog Mak Dara. Terkejut Sang Lekit bila dalam entri Mak Dara ada bagitau Komposer Malaysia yang menggunakan nama Seri Bayu telah pulang ke Rahmatullah. Kita kehilangan seorang lagi penggiat seni tempatan. Moga Rohnya di cucuri Rahmat & di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al- Fatihah. Untuk cerita lebih jelas sila clik blog Mak Dara.

MANJA PERGI BUAT SELAMANYA

Image
Manja budak baik. Dipegang tak menggigit. Tak nakal.. Sangat sopan. Suka berkurung dalam rumah keluar hanya untuk makan. Sudah sampai Janji dia & Tuhan.. Sedih pula bila tengok manja dah takde. Hubby sedar lepas dinner tadi. Panggil dia keluar dari rumah nak bagi makan buah tapi takde respond. Rupanya manja dah takde. Manja dah pergi selamanya. Mungkin sebab faktor usia sebab manja takde sakit apa - apa. Umur manja mungkin dah 2 tahun. 2 tahun bagi seekor hamster dah cukup tua. Biarpun banyak lagi anak - anak bulu kecil.. Tapi manja tetap antara yang istimewa. Hilangnya tetap terasa. Moga manja tenang di sana. Moga manja tahu kami sangat sayang manja. Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

HARAM GANTUNG GAMBAR KELUARGA, BERSANDING, KONVO ATAU APA2 GAMBAR BERNYAWA

Image
Satu lagi ilmu yang seciput nak Sang Lekit kongsikan dengan korang semua. Hasil pembacaan melekit dari sebuah blog yang berkongsi info tentang hukum mengantungkan gambar bernyawa dalam rumah, membuatkan Sang Lekit terus search cari pendapat - pendapat & penjelasan dari orang yang lebih arif dah hasilnya.. Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. (sumber rujukan : Ustaz Nor Amin ) Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud : “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.” Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan ...