Posts

Showing posts from January 15, 2011

PAKCIK MAKCIK MARAH KENA BAYAR 20SEN BEG PLASTIK

Mungkin bagi warga KL dah tak pelik la dengan kempen hari tanpa Beg Plastik tapi bagi negeri - negeri lain yang baru melaksanakan kempen tu contoh macam kat kelantan yang baru masuk minggu kedua disana terpaksa la berdepan dengan kerenah pelanggan yang tak berapa familiar lagi dengan kempen tu. Kesian budak - budak cashier terpaksa la tahan telinga kena bebel dengan pakcik & makcik terutatama dari golongan warga emas ni. Tu la kan.. bagi warga emas yang dah hidup lebih dari 50 Tahun lebih menghargai nilai duit walau hanya 20sen sebab bagi yang lahir sebelum merdeka mereka melalui kepayahan nak dapat duit ni. Tapi budak - budak sekarang 20sen kadang - kadang main campak je, kan?? Itulah terpaksa di hadapi petugas di kaunter pembayaran di pasaraya kat kelantan. Terpaksa berdepan dengan kerenah kerenah pelangan yang merungut dengan kempen ni. Nak buat macam mana kan.. Maybe masih baru so dorang terkejut lagi. Lama - lama dah biasa ok la tu. Rujukan (kosmo) : Beg plastik 20 sen c...

SAPA GORENG IKAN MASIN NI??

Sejak minggu ni aku perasan aku memang cepat mengantuk & mudah tertido even kat kampung haritu pun asal petang aku mesti tidur berbanding sebelum ni. Aku nak kata kuat tido siang tak juga tapi selalu tido lewat bangun terbabas sikit la matahari tapi petang aku jarang sangat nak tidur. Tadi pun tertido juga. Bangun je jam tepat 4.30. Nak cuci muka terbau orang goreng ikan masin. On the spot rasa nak muntah. Huhuhuhu.. Ni ke di namakan alahan. Sebabnya sebelum ni aku takde hal dengan bau bauan ikan masin. Lagi satu aku takde selera pada nasik. Bukan nasi jer.. malah aku kurang selera makan juga. Maybe normal kot macam ni, kan?? Cuma pantang tengok gambar makanan jer.. Macam karen rasa nak makan time tu & benda yang aku tengok. Tapi sekejab jer.. Bila tumpuan aku beralih pada benda lain.. Dah hilang keinginan tu. Untuk mengelakkan rasa loya & perut masuk angin.. Aku banyak minum & makan roti dalam jumlah sedikit. Ikutkan aku tak rasa lapar pun. Tapi bila perut kosong m...

LEKEH SANGAT KE PENGGIAT SENI MALAYSIA SAMPAI NAK AMBIL ARTIS INDONESIA SEBAGAI PENGETUA AF9

Cukup la anugerah Dato yang di beri pada Dato Shah Rukh Khan tu.. Hanya jasa.. (konon jasa la) yang sebesar zarah kononnya memperkenalkan Malaysia pada dunia dapat gelaran Dato, di timbul pula desas desus Ahmad Dhani bakal jadi pengetua AF9. Aku bukan peminat AF yer.. Tapi sentiasa juga ikuti perkembangan seni tanahair. Walau tidak di sahkan namun kenyataan Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi mengakui, orang yang dipilih adalah individu sangat popular di rantau Asia Tenggara. Kalau betul la Ahmad Dhani bakal pengetua AF9.. betapa leceh & lekehnya penggiat seni Malaysia sampai tak mampu untuk terpilih sebagai Pengetua Rancangan tu. Tindakkan sungguh kurang bijak dari pihak Astro & Rancangan itu sendiri sebab kalau betul gosip ni maka dorang lebih mengiktiraf orang luar dari orang tempatan. Bekas pengetuan AF sebelum ni Ramli MS dan Ramli Sarip juga dari luar, kedua-duanya berasal dari Singapura tak perlu jadi pertikaian sebab mereka memang mencipta nama di Malaysia...

10 TIPS KURANGKAN MORNING SICKNESS

 Kemain teruja ko lekit siap search bagai ni.. Mesti la. Apa yang berguna kita share. Jom lekit nak share 10 perkara mengurangkan morning sickness di awal kehamilan 1. Banyakkan rehat. Rasa mual akan menjadi lebih teruk sekiranya anda mengalami stress. Gunakan maternity body pillow untuk mengampu punggung dan perut untuk memastikan anda tidur malam dengan lebih selesa. 2. Makan sedikit tetapi kerap. Rasa mual akan bertambah sekiranya anda membiarkan perut anda kosong. 3. Kurangkan waktu anda berada di hadapan komputer. Kurangkan waktu anda duduk di hadapan komputer. Ini kerana paparan monitor yang berkelap-kelip berkaitan dengan morning sickness anda. 4. Lakukan beberapa pergerakan tubuh. Jangan habiskan masa anda dengan hanya berbaring. Ia akan hanya menjadikan badan anda terasa lesu. 5. Jus minuman. Untuk mengelakkan rasa mual, anda digalakkan mengambil jus epal yang ditambah dengan sedikit madu. 6. Buah-buahan. Makanlah buah epal. Buah ini juga boleh...

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

Image
http://www.benashaari.com/2011/01/segmen-ben-ashaari-masihkah-kau-ingat.html Masih ingat.. Buat blog sebab memang minat menulis. 1st time buat blog memang dungu la sampai nak buat new post pun tak tahu tapi takde apa yang mematahkan semangat pun. Terus belajar & belajar. Sepanjang berblog takde apa pun yang datang buat aku putus asa.. Malah segala teguran & nasihat aku ambil dari sudut yang positif. Nak kata susah nak naikkan blog ni memang di akui tapi kunci kesenangan adalah usaha. Kena rajin cari jalan untuk ketengahkan blog. Berpokok pangkal dari kerajinan juga kalau tak.. takkan berjaya. Susah pula nak cerita sebab aku memang tak banyak pengalaman pahit dalam blog ni. Orang pertama komen di blog ni adalah Dakmuo . Blog yang aku follow hari ni adalah blog Angin Lalu Selesai sudah syarat en BA.

Limousin Ala - Ala Kelab Malam Bergerak

Image
Wah.. camni kat mana - man pun boleh buat party. Gila beb! Limousin paling mewah & berat Limousin itu boleh membawa 40 orang dan turut mempunyai ruang untuk aktiviti tarian tiang dan seberat 22.7 tan selain 22 buah tayar. Ia sepanjang 21.3 meter, dilengkapi tiga ruang rehat, sebuah bar dan lima set televisyen, sistem bunyi dan penerima kabel satelit. Kenderaan ini merupakan limousin paling mewah dan unik di dunia dengan ruang keseluruhan seluas 42.7 meter persegi. Yang paling tak tahan minyak dia. Untuk tank penuh RM2,178. Dah tu kalau nak beli memang la tak mampu.. Nak sewa pun kena fikir 10 juta kali dulu sebab harga sewa sejam RM3,146. Tapi kalau Jejai nak private parti dengan Fasha Sandha mampu la kot. Almaklumla Boipren Fasha tu kan kaya raya gitu. Rujukan (Kosmo) :  Limousin paling berat di dunia

SUAMI UNTUK DI SEWA

Pelik - pelik jer perkhidmatan sekarang. Suami pun boleh di sewa kan?? Ni kes satu syarikat yang membekalkan perkhidmatan menyewa suami. Alkisahnya syarikat ni menawarkan khidmat suami untuk di sewa bagi melakukan kerja rumah seperti membaiki tapi permintaan wanita untuk khidmat hubungan intim lebih ramai berbanding perkhidmatan asal yang di tawarkan. Tak tau la pula samada permintaan pelanggan tu di turuti ke tak. Tapi 90% mesti punya. Kalau tak, takkan la jadi artikel dalam akhbar lak kan. Namun perkhidmatan ni bukan di Malaysia yer.. Even kita tahu secara am perkhidmatan menyewa suami ni memang terjadi pada golongan wanita kaya yang ketandusan kasih sayang dengan membela anak ikan tapi takde la syarikat yang di tubuhkan secara rasmi untuk perkhidmatan camni, kan?? Dunia sekarang dah makin pelik... Apa jer boleh di sewa. kekekeekekekeke Rujukan (Harian Metro) : Wanita solo ditawar suami untuk sewa

MAYBE YES.. MAYBE NO

Wah nak excited ke tak ni.. Rasa macam tak caya. Berdebar - debar jer.. Happy ada.. risau ada. Maybe 1st time kot. Apa benda ni Lekit?? About pregnancy test. Positif bila aku buat pagi ni. Tapi kat buat kat umah jer.. Kena sahkan dulu. Entah kenapa aku mula berdebar debar ni. Apapun kalau betul2 tak silap.. Alhamdulillah mungkin rezeki. Wah become a mummy la tak lama lagi. Ke ko berangan jer.. Test kat umah tak semestinya betul kan?? So tak nak terlalu meletakkan harapan tinggi sangat. Tapi sejak  balik kampung haritu aku dah mula rasa perubahan. Mula ada morning sickness. Tapi tak teruk sangat cuma sebagai yang suka membaca ni dari awal lagi aku rasa ada tanda - tanda tu. Happy + takut. Huhuhuhu.. Tapi itu lumrah yang perlu di hadapi setiap wanita kan?? Lebih - lebih yang dah berkahwin.