Posts

Showing posts from May 30, 2015

KISAH BANGLO TIBA TIBA GHAIB TAMAN RINTING JOHOR

Image
Nampak malam minggu ni segmen seram serik lekat lekit masih belum insaf katanya. Bersiaran macam biasa. selagi ada masa tersisa kat rumah selagi tu blog puaka ni terus berupdate, Insya Allah dengan izin Allah. Untuk malam ni segmen seram serik lekat lekit nak share satu kisah tentang banglo yang katanya ghaib sebab kesilapan penghuni rumah tu melakukan perkara yang melanggar perjanjian manusia & alam ghaib. Tapi cerita dia banyak versi. Takpe la kita cerita step by step yer.. Korang pun baca je la dengan hati yang terbuka jangan terluka yer. Alkisah versi pertama Banglo ni di katakan ghaib sebab mengamalkan ilmu untuk jadi kaya & dapat duit yang banyak tapi bila dapat duit berkoyan2 di habiskan di jalan yang salah iatu berjudi. Perjanjian dia duit tu tak boleh di gunakan untuk buat perkara haram. Sebab dah langgar perjanjian ghaib maka banglo tu di ghaibkan dengan penghuni2 dia sekali. Wallahualam la penghuni banglo tu hidup ke atau dah jadi warga bunian.. Versi kedua K...

BELAJAR JAGA HATI SENDIRI JANGAN HARAP SIMPATI

Image
Hidup kalau nak puas hati orang lain memang susah jadi kadang2 kita perlu jaga hati sendiri dulu & pilih hati yang mana perlu di jaga. Kadang2 bukan tak nak jaga hati orang lain cuma letih. Kita bagi pendapat dengan kasih sayang dia terima dengan rasa marah & tak puas hati. Sebabnya konsep sayangkan kawan zaman sekarang kau mesti menyokong dia jer.. Kalau kau cakap yang membantah even untuk kebaikkan pun orang susah nak terima. Bila jadi perkara macam tu.. Aku pun malas la nak ada rasa sayang, rasa simpati & rasa ingin menegur & membantu sangat la. Sebab cara aku bukan jenis belai2 orang. Anak aku buat salah pun aku marah, inikan anak orang yang dah berbulu segala sudut. Yang dah faham banyak perkara baik & buruk. Serius aku tak reti sangat nak belai2 orang dengan kata kata sebab bagi aku kadang2 kata2 simpati ni buat orang lain semakin lemah, sentiasa rasa nak mengadu & sentiasa cepat terasa. Tak boleh nak berdikari bila ada masalah melibatkan hati & pera...

BERUS GIGI DARI ARANG DISALUTI WARNA EMAS

Image
Zaman dahulu petua orang tua tua supaya gigi putih berseri adalah gosok arang pada gigi sebab ini terbukti arang mempunyai kebaikkan untuk tubuh badan & kecantikkan. selain memutihkan gigi salah satu kegunaan arang untuk mengubati keracunan dalam badan. Kebaikkan arang untuk gigi pula sifat poros pada arang membantu untuk menarik enamel yang melekat pada gigi walau dalam tempoh yang lama sekaligus membersih, mengilatkan & memutihkan gigi. Kalau cara orang dulu - dulu serbuk arang akan di letakkan pada jari kemudian di gosok pada gigi tapi zaman dah berubah teknologi jugak dah canggih jadi arang di formulasi menjadi berus gigi yang mempunyai fungsi membersih & memutihkan gigi sama seperti mengosok gigi dengan arang. Sebab tu colgate keluar dengan produk terbaru Berus Gigi colgate 360' Gold Charcoal yang mempunyai sentuhan warna emas dengan bulu berus arang untuk kebersihan yang menyeluruh. Berkesan menghalang pembiakan bakteria pada berus sehingga 90 hari ...

KERANI DI MALAYSIA SAMA TARAF DENGAN BIBIK INDONESIA

Image
Ni bukan menghina atau memandang rendah pada sesiapa atau apa2 pekerjaan yer tapi hakikatnya sekarang dah nak jadi macam tu. Cuma beza nak jadi kerani paling2 kena pandai typing surat menyurat, buat filling, koman2 kena pandai basic computer & tahu cara menjawab telefon & greeting dengan betul. Tapi kalau setakat nak jadi bibik @ orang gaji.. depa tak minta sijil sekolah apatah lagi sijil computer bagai. Cuma kau perlu mengaku reti buat kerja rumah even sebenarnya kau tak reti pun dah lulus jadi bibik. Apa korang ingat semua bibik expert dengan kerja rumahtangga ke? Tapi yang expert mengerjakan rumahtangga orang sampai telingkup dah makin ramai. Yang berlagak pandai dari majikan pun dah semakin membiak. Tu tak cerita lagi yang rajin curi tulang, dera anak orang & caras laki orang atau caras harta benda majikan. Ba yar ribu riban dapat amah gila camni. Lambung2 anak orang hempas ke lantai lagi nangis Tapi bukan la nak cerita yang buruk2 pasal bibik ni.. cuma tetiba...