Posts

Showing posts from March 14, 2011

BOMOH MAK NYAH TIPU MAKCIK

Image
Tak dinafikan ada penyakit yang tidak boleh di ubati dengan kaedah moden yang merujuk kepada hospital dan doktor. Penyakit - penyakit misteri yang berkaitan dengan gangguan jin atau syaitan, penyakit ini selalunya berkaitan khianat dari seseorang yang berdendam atau dengki. Bila penyakit sedemikian rupa tidak dapat di ubati oleh para doktor maka memang perlu kita mengubati cara rawatan altenatif tapi tidak semua pengamal perubatan secara tradisional & altenatif ni boleh di rujuk. Ada di antara mereka mengamalkan ilmu yang bertentangan dengan agama & tak kurang juga yang mengambil kesempatan jer atau lebih mudah di sebut sebagai bomoh penipu. Alkisahnya.. S eorang makcik ni di katakan terkena penyakit misteri dimana doktor sendiri tidak dapat mengenalpasti penyakitnya pergi menemui bomoh mak nyah berkenaan selepas dicadangkan sepupunya.selepas bertemu suspek, bomoh berkenaan memaklumkan bahawa makcik tu terkena buatan orang yang mahu melihatnya lumpuh, sekali gus merampas kese...

JUAL TELUR YANG DI REBUS DALAM AIR KENCING

Image
BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun. telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. Persoalannya.. Kalau anda tahu ia telur yang di rebus dengan air kencing, sanggupkah anda makan biarpun ada kebaikkan dari segi perubatan?? Rasanya kalau setakat demam, takpe la Sang Lekit sanggup telan panadol jer.. Or kalau mengantuk kunyah jer gula - gula dari makan telur yang di rebus dalam air kencing. So, kalau korang pergi Beijing hati - hati yer nak makan telur rebus, manalah tau kot - kot telur tu. Muntah hijau seminggu. Rujukan (kosmo) : Telur direbus guna air kencing   Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

SEBAB TAK BERTUDUNG MAKA TAK LAYAK MENYAMPAIKAN BENDA BAIK

Image
Ya.. Betul Lekit memang tak bertudung, tidak menutup aurat dengan sempurna lagi. Diakui kekurangan dari sudut tu tapi dalam diri yang masih cuba mendalami ilmu agama apakah salah jika saya cuba berkongsi apa yang saya baca bersama biarpun diri di pandang tidak layak menegur. Apakah yang bertudung itu sudah sempurna? Kes ni berlaku di FB ok.. Dimana sekarang ni ramai yang suka tag ramalan tarikh lahir.. Yang bercerita tentang perwatakkan diri berdasarkan bulan kelahiran tak kira dari sudut peribadi, percintaan & pelbagai la. Dulu Sang Lekit juga jahil dalam soal ni. Pernah juga seronok membaca walaupun tak mengambil 100% apa yang di tulis itu benar. Tapi hasil pembacaan Sang Lekit ia haram di percayai & berdosa jika membaca walau sekadar suka - suka. Jadi Sang Lekit berkongsi la ilmu yang seciput ni dengan yang lain malangnya.. Terasa diri umpama tidak layak pula bercakap benda baik sebab tidak cukup sempurna sebagai muslimah untuk memperbetulkan kesilapan orang lain. Dari k...

DERHAKA SEORANG ANAK HASIL DARI KEJAMNYA SEORANG BAPA. SIAPA SALAH?

Image
Dah tengah - tengah malam baru nak habiskan berblogwalking di akhbar2 lebih - lebih lagi berita utama. Aku selalu akhirkan berita utama & dahulukan berita2 di pendalaman akhbar. Bukan apa kadang - kadang banyak cerita pelik & aneh dalam ruangan berita global ni. Berbanding berita utama kan?? Lagi hasil rujukan harian metro kisah seorang anak tunggal perempuan yang mendoakan kematian ayahnya sendiri kerana tidak sanggup lagi menanggung dosa apabila sering berfikiran negatif kepada bapa kandungnya sendiri. Bila kita baca tajuk Doa ayah cepat mati tanpa membaca kisah sebenarnya terus kita labelkan dia sebagai tanggang atau anak derhaka tapi bila membaca kisah di sebalik apa yang berlaku, hati nan melekit ni mula berbelah bahagi. Rasa tidak adil untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja. Dendam seorang anak yang terhasil dari layanan buruk seorang bapa sejak kecil punca penderhakaan ni berlaku. Sejak kecil wanita itu sering di pukul & di maki hamun dengan kata - kata kesat bia...