BILA LAKI AKU BUKAN LAKI KAU..

Aku seorang ibu yang banyak halangan nak melakukan kebanyakkan aktiviti yang aku suka sebab status aku sebagai seorang isteri & ibu tapi aku tak labelkan dia sebagai halangan cuma aku anggap dia sebagai pengorbanan. Setiap hari aku cuba enjoy je dengan apa yang boleh aku buat & tak nak fikir sangat benda2 yang di luar kemampuan aku nak buat even benda tu mungkin satu ketika dulu aku suka sangat buat. Ada orang kata alasan.. Orang lain ada anak pun boleh buat, tetiba kau baru ada sorang dah macam semua benda tak boleh buat. Kalau dah suka tu.. Takde alasan . Aku kadang2.. terasa sakit jugak dengan statement2 camni.. Satu dia compare kita dengan ibu2 lain.. sedangkan cara hidup & jalan hidup juga pasangan hidup kita adalah berbeza. So, kalau sipolan tu boleh buat.. Tak semestinya sipolan yang lain pun boleh buat benda yang sama. Contoh tengok wayang.. sejak ada anak aku memang tak pernah tengok wayang sebab anak aku tak boleh duduk diam tengok je skrin pawagam tu. Nak2...