Posts

Showing posts from April 3, 2015

MAMA JUWIE MENINGGAL DUNIA

Image
innalillahiwainnalillahirojiun.. Terbaca di page media hiburan yang mengumumkan pemergian wartawan veteran dunia hiburan juga penulis lirik lagu Mama Juwie yang kembali kerahmatullah sebentar tadi. Bagi yang membesar di tahun 90an memang ramai yang mengenal wartawan hiburan & penulis lirik lagu cinta ni. Semoga Allah mengampuni dosa dosa arwah & moga di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Mama Juwie. Diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi didalam sunan-nya hadith daripada Abdullah bin Amru, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : “Tiada seorang pun daripada kalangan orang muslim yang meninggal dunia pada hari jumaaat atau pada malam jumaat melainkan dia dipelihara oleh Allah s.w.t daripada azab kubur.” Alhamdulillah.. bagi mereka yang mendapat kelebihan itu. P/S : antara lirik lagu ciptaan beliau adalah lagu nyanyian Ramlah Ram.. Kau kunci cintaku dalam hatimu

BUDAK MAUT JATUH 5 TINGKAT DI KENANGA WHOLESALE CITY

Image
Meremang bulu roma baca berita ni... Budak 6 tahun maut jatuh dari dari ketinggian 5 tingkat kat kenanga wholesale city. Tempat yang jadi tumpuan pemborong. Besa la tempat membeli belah ni memang golongan mak2 ramai jugak pergi. bila dah jadi mak confirm la ada anak kan.. SumbeR Harian Metro Macam mana budak ni boleh jatuh.. Dari artikel berita katanya sebelum jatuh dia main2 kat escalator. Tak tau la aku macam mana kejadian camni boleh jadi sebab katanya dia jatuh dari tingkat 2 sehingga ke bawah tempat parking. Aduhai.. awasi la anak korang masa membeli belah. Bukan takut jadi kemalangan macam ni tapi jugak berisiko kena culik kalau di biarkan tanpa pengawasan. Memang ajal & maut di tangan Tuhan tapi kalau kita alert sekurang kurangnya kita tak hidup dalam penyesalan sangat kan kalau terjadi juga benda2 tak di ingini. Serius aku kadang2 memang fobia sampai terhad jugak kebebasan anak aku bila berada di luar rumah. Sebabnya benda2 macam ni la buat aku fobia. Moral of...

KESAN PENYAKIT MELALUI LIDAH

Image
Setiap anggota badan kita ni memang ada connection antara satu sama lain kalau tak.. masakan tercipta pepatah 'cubit peha kanan, peha kiri pun terasa' kan? Almaklum la hidup menumpang satu nyawa ni kan.. Pi mai Pi Mai.. saling memerlukan. Macam tu jugak dengan lidah.. dia pun jenis anggota deria yang over tacing kalau organ lain yang sakit. Macam kuku jugak.. Penyakit boleh di kesan melalui warna lidah..  Di nasihatkan jangan membaca sambil jelir lidah depan cermin yer nanti menganggu fokus pembacaan. Baca dulu kejab lagi belek la lidah warna apa.. Lidah putih disyaki mengidap kepialu , penghadaman yang terjejas, simptom influenza atau kekurangan darah. Jika warna lidah pucat dan lembap seperti ada lapisan lemak, ada tanda-tanda gejala sejuk ini ada kaitan dengan selesema. Jika lidah putih yang sedikit tebal, ini adalah salah satu daripada gejala-gejala penyakit kelamin. Lidah biru Lidah yang berwarna kebiru-biruan biasannya menunjukkan pesakit mungkin ada masalah de...