SETENGAH TAHUN SUDAH BERLALU

tik.. tok.. dah 6 bulan berlalu. Sekejab je rasanya, kan?? Dah membesar shahila. Walaupun perkembangan lala tak secepat sesetengah bayi lain yang mungkin seusia lala dah boleh merangkak tapi lala cuma mampu meniarap gaya titanic je lagi. Sesekali tu ada juga tengok dia cuba angkat badan. Mungkin tanda2 dia nak belajar merangkak kot. Setakat ni nampak lala mula mesra alam dengan orang lain dah. Dia dah pandai untuk murah senyum & mula bersuara bila di usik. Tapi sikit2 je keramahan dia tu. Tak seramah & semesra macam dia dengan mummy & dady kat rumah. Kalau kat rumah mengekek ketawa.. terjerit2 bila suka. Macam2 bunyi di buatnya tapi bila kat luar lala amatlah pendiam. Mungkin sebab lala kurang bersosial. Seminggu ada la sekali dua bawak lala keluar. Selebihnya hari2 lala cuma dalam rumah. Kat rumah yang ada dengan dia cuma mummy & dady je. Selama membesarkan lala ni en google & kawan2 maya banyak menjadi tempat rujukkan. Bertuah bagi sesiapa yang membesarkan ana...