Posts

Showing posts from March 29, 2016

KISAH GERAI MISTERI JALAN LAMA BUKIT PUTUS,NEGERI SEMBILAN

Image
KISAH GERAI MISTERI JALAN LAMA BUKIT PUTUS,NEGERI SEMBILAN . Malam ni bersiaran dengan gilang gemilang segmen seram serik lekatlekit tanpa prejudis katanya. Dari dok stress berperang jari kat facebook dengan isu2 tengah viral elok la rehatkan minda baca kisah kisah seram.. Gila kau! Hilangkan stress baca kisah seram takut ada yang stress tak lena tidur pulak malam ni. Tapi bagi aku.. salah satu benda yang mampu buat aku hilang stress adalah baca atau tengok cerita seram. At least aku tau benda tu aku tak payah fikir sampai jam otak sebab aku ambil sebagai hiburan semata mata. Jarang aku nak memburu kat negeri sembilan ni.. Malam ni tetiba rasa nak berkenalan dengan puaka puaka negeri sembilan pulak. Kesian hantu2 negeri sembilan jarang dapat publisiti kat blog lekat lekit ni. Bagi bersikap adil terhadap semua hantu maka malam ni kita menapak ke negeri sembilan kejab. Alkisahnya bermula 3 orang pelajar Uitm shah alam yang buat kerja part time sebagai pemuzik buat persembahan kat ...

KONON KAKI TRAVEL PADAHAL KAKI SELFIE JE YANG RAMAI

Image
KONON KAKI TRAVEL PADAHAL KAKI SELFIE JE YANG RAMAI .  Zaman camera atas tapak tangan di tambah dengan teknologi monopod bagai.. Macam satu acara wajib bagi manusia buat apa, pergi mana, sedih,suka, duka,tangis & tawa semua dia nak selfie. Pendek kata dalam apa juga keadaan selfie adalah perkara pertama dia akan ingat & buat. Sampai kadang2 rasa selfie benda paling penting dalam hidup seseorang.. Bohong la cakap aku ni tak suka langsung berselfie. Selfie jugak malah sebelum wujudnya istilah selfie aku memang antara golongan yang suka ambil gambar muka sendiri. Kat myspace dulu hari2 aku update gambar. Sebelum pergi opis, kat opis, dengan kawan opis & kat mana2 je la aku pergi aku mesti ambil gambar muka sendiri. Tu zaman moda rumaja peringkat pertengahan katanya. Yelah.. remaja aku masa belasan tahun mana merasa ada smartphone.. erkk.. aku pakai handphone masa umur 17 tahun tapi handphone masa tu takde camera. Memang tak ada istilah selfie la masa belasan tahun. Ta...

HANTARAN TINGGI SEBAGAI BACKUP HIDUP LEPAS KAHWIN

Image
HANTARAN TINGGI SEBAGAI BACKUP HIDUP LEPAS KAHWIN . Selepas jadi viral video pergaduhan pasal duit hantaran tak cukup masa hari nak akad nikah tu.. Maka mula la isu2 yang berkaitan mula di perkatakan oleh pakar pakar media sosial. Masing2 memberi pandangan & persepsi sendiri terhadap hantaran perkahwinan. Pada asalnya hantaran perkahwinan tu cuma adat sesetengah kaum.. Yang paling mengamalkan adat tu orang Melayu & india cuma beza orang india perempuan yang kena bagi hantaran kat lelaki.. Tapi kat Malaysia ni rasanya Orang india pun pihak lelaki sediakan hantaran untuk pihak perempuan jugak kan. Almaklum la adat melayu ni banyak di adaptasi dari adat India.. Sebab dah di amalkan sejak turun temurun sampai ada yang tak tahu sesetengah dari adat melayu ni berasal dari adat orang India. Tak salah nak junjung adat tapi ada yang tak menyusahkan la. Adat lambang sesuatu bangsa jugak tapi kalau adat sampai memecahkan belahkan umat.. Macam apa yang berlaku sekarang. Pasal Hantar...