Posts

Showing posts from July 13, 2012

TIADA ISTILAH SEBAIK BAIK JIN ADALAH SEJAHAT JAHAT MANUSIA DALAM AL-QURAN

Image
Kita biasa dengar Istilah Sebaik baik Jin Adalah sejahat jahat manusia yang mengambarkan Jin tu makhluk yang sangat la jahat. Sehingga hari ini pun masih ada yang berpegang kepada istilah tersebut sehingga ada yang percaya bahawa kenyataan tu betul. Betul ke tidak?? Tak betul wahai kawan - kawan.. dan marilah kita perbetulkan kepercayaan kita yang selama ni mungkin terpesong sebab terpengaruh dengan filem2 @ drama2 seram TV yang menjadikan Istilah itu sebagai tagline & skrip. Carian Google sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai. ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama...