Posts

Showing posts from February 28, 2017

PELAKON & PENGACARA ARY MALIK KEMBALI KERAHMATULLAH

Image
PELAKON & PENGACARA ARY MALIK KEMBALI KERAHMATULLAH . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat taulan Pelakon & pengacara Ary Malik yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.17 minit malam tadi... Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa arwah & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman.. Kepada seluruh Ahli keluarga Ary Malik semoga tabah menerima ujian berat dengan pemergian orang tersayang.. Sedikit info Ary Malik seorang pengacara yang pernah mengacara rancangan muzik muzik & pernah jugak berlakon. Beliau menderita kanser ovari sejak setahun lalu. Pernah menyertai rancangan realiti TV masterchef. Seorang yang petah bercakap & suka tersenyum. Kini Ary Malik tinggal kenangan. Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah..

BERITA PALSU ARY MALIK MENINGGAL DUNIA

Image
BERITA PALSU ARY MALIK MENINGGAL DUNIA . Asal ada artis yang tengah sakit & kritikal sedang di rawat je macam jadi satu trend pulak mereka2 yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kononnya retis tu dah meninggal dunia. Yer.. betul benda tu boleh menaikkan rating post mereka tapi sila la ada rasa tanggungjawab sedikit sebelum menyebarkan apa2 berita. Yang tak sure tu tak payah jadi orang pertama share sangat la kan.. Semua orang akan mati termasuk la penyebar berita2 palsu ni. Kalau ye pun kau tak sabar nak tulis cerita pasal kematian orang lain jangan la sampai jadi fitnah. Mangsa terbaru ary Malik yang kini sedang kritikal & di rawat di hospital akibat penyakit kanser ovari tahap 4. Ternampak orang mula share cerita dia dah meninggal dunia. Tak tau la sapa yang punya angkara sebarkan fitnah macam tu.. Patutnya doa la yang terbaik untuk mereka yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit kronik macam ni. Ni macam kau doa dia cepat mati pulak. Ingat.. masa ...

YANG TAK MINAT DENGAN APLIKASI NI MUNGKIN NAJIB RAZAK JE

Image
YANG TAK MINAT DENGAN APLIKASI NI MUNGKIN NAJIB RAZAK JE . Zaman sekarang bukan je nak makan Nasi Kak Wok kita kena fikir 18 kali.. Nak minum air kosong kat luar pun pat lima kali jugak fikir. Sebab kalau kat kedai makan, restoran mahupun kafe memang air kosong tak banyak dah bagi percuma. harga air kosong antara 30sen - 50sen. Katanya bill tetap kena bayar walau  air berperisa klorin, inikan dah siap dia tapis atau di masak. Jadi tak relevan katanya nak bagi percuma.. Tu dia.. memang zaman sekarang setiap sen tu ada nilai dah. Takde 1 sen tak cukup sejuta jugak hahahahaha Jadi masing masing berlumba mencari yang paling murah even nak mengisi permintaan anak tekak sekalipun. Sapa tak nak bayar murah beb! Najib je suka bayar mahal.. Rakyat Malaysia yang lain majoriti lebih suka harga murah ok! Sebab tu sekarang macam2 protes jalanan di buat sebab tak tahan dengan kos sara hidup yang semakin tak masuk akal dengan gaji yang di terima. Kenapa Najib je suka yang mahal - mahal.. Ala...

PEJUANG SEJATI PAPAN KUNCI.. DI AMBANG MAUT PUN MASIH MAMPU UPDATE STATUS

Image
PEJUANG SEJATI PAPAN KUNCI.. DI AMBANG MAUT PUN MASIH MAMPU UPDATE STATUS .  Media sosial ni tak semuanya bawa keburukkan.. Banyak juga kebaikkannya. Salah satu satu medium menyampaikan informasi paling pantas. Berita terkini TV3 pun tak boleh lawan kepantasan media sosial dalam menyebarkan berita & cerita cuma tu la.. keburukkan dia banyak sangat berita tak sahih, cerita dogeng, cerita dari mulut ke mulut yang tak tau hujung pangkal di share seolah - olah yang dok pakat share tu nampak perkara atau kejadian tu berlaku depan mata depa.. Tapi tu la.. Tetap ada kebaikkan & kepentingan juga media sosial ni. Bukan sahaja menjadi medium penyebar maklumat paling pantas malah Media sosial ni menjadikan manusia semakin kuat, tabah, bermotivasi, berinspirasi, penuh cita cita & sentiasa ada niat untuk berubah kearah lebih baik katanya. Tak caya kau tengok la kengkawan kau kat media sosial.. Kata2 motivasi penuh semangat.. Hari2 share resepi dari group masak masak, hari2 shar...