Posts

Showing posts from November 9, 2015

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC

Image
KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC . Sedang asyik menggoogle pasal petrosains yang terletak di bangunan KLCC yang menjadi kebanggan orang2 kl katanya tetiba terserempak pulak dengan satu kisah seram,misteri lagi mistik yang pernah berlaku di Petrosains awal pembukaannya dulu. Maka secara rasminya segmen seram serik lekatlekit kita akan membongkar satu kejadian misteri yang pernah berlaku kat situ. Dari sumber yang aku baca katanya Tapak KLCC sekarang adalah bekas tapak tempat perlumbaan kuda. Tempat judi & maksiat macam tu apa nak pelik kan kalau banyak jin, syaitan & manusia yang perangai macam setan. Normal la tu.. Mana ada orang baik main judi, ye dak? Orang jahat memang BFF setan. hahaha. Nak dijadikan kisah seram.. Pada satu malam yang sepi pi pi.. Seorang ustaz di jemput untuk membantu memulihkan kejadian2 mistik,pelik & seram yang berlaku kat situ. Kalau korang pernah ke petrosains mesti korang tahu satu tempat dimana ada pame...

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360

Image
ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360 . Aku pernah tulis pasal isu sindir menyindir orang yang tak perlukan application camera untuk cantikkan muka depa yang katanya natural beauty tu. Ambil gambar muka tengah teran nak berak pun tetap nampak cantik. So,apa kelas nak guna camera effect ni. Berbanding orang yang mungkin muka tak la comel sangat,kulit pun tak gebus gebas.. Dah la tengok muka sendiri dalam cermin asyik terkejut je. Nak jugak tengok muka sendiri dalam gambar sambil tersenyum. Yelah.. bila tengok applikasi camera yang mampu buat beast jadi beauty at least bagi motivasi jugak depa untuk menjaga kebersihan, kesihatan & kecantikkan diri. Aku pun macam tu. Bila tengok gambar yang editing cantik nak mampus.. Aku pun semangat sikit nak menghabiskan duit kat guardian beli skincare katanya. Bukan apa nak jugak suatu hari nanti jangankan jerawat.. ruam sebijik pun tak ada kat muka. Gebu macam emma maembong katanya. Boleh la main lempang2 manja kat tempat ...

AMARAN! LEGO MACAM NI MUNGKIN ORANG DEWASA PUN TERPENGARUH

Image
AMARAN! LEGO MACAM NI MUNGKIN ORANG DEWASA PUN TERPENGARUH . Ramai budak2 sekarang sukakan lego. Lego sekarang bukan macam lego zaman kita dulu. Lego bentuk brick @ batu bata je. Kemudian kita pun bentukkan la ikut tutorial yang di berikan dalam set lego tu. Paling2 pun kita mampu buat rumah.. kereta macam tu je. Tapi Lego sekarang cukup advance. Sebab Lego mampu mencipta macam2 benda maka terciptalah legoland katanya. Hehehehe... Lego ni bagus jugak untuk meningkatkan kreativiti kanak kanak. Dalam membesar kanak2 perlu ada imaginasi baru sel sel otak dia cepat berhubung katanya. Tapi bukan semua budak2 sukakan lego. Anak aku ni kurang minat permainan berbentuk imaginasi ni. Tapi aku pernah belikan jugak la lego murah yang brick tu. Tu bagi dia belajar melekatkan lego tu antara satu sama lain. Masa dia kecik la. Sekarang dah 4 tahun dia ada aktiviti sendiri. Dia lebih suka dengar lagu & menyanyi. Aku tak tau la ikut jejak sapa la anak aku ni kan.. Mungkin mak dia kot meman...

YANG SUKA MASAK PASTA KENA TAHU TENTANG JENAMA SAN REMO

Image
YANG SUKA MASAK PASTA KENA TAHU TENTANG JENAMA SAN REMO . Sapa kat sini suka makan pasta @ spaghetti angkat tangan tutup ketiak.. Ok Ok.. ramai termasuk la aku. Aku memang suka sangat la spaghetti bolognese ni. Selalu aku guna mee spaghetti ni jenama lain. Rasanya macam tak pernah guna lagi la san remo ni sehinggalah semalam aku tetiba macam terhasut dengan iklan.. Pasta apa? Pasta san remo katanya.. Ok Aku pun beli sebab memang dah niat malam semalam nak masak spaghetti bolognese.Almaklum la aku kacukan orang Itali katanya.. so taste pun ada la sikit italian katanya. Hahahaha.. sila jangan ambil serius statement perasan nak mampus tu, hokay. Biasa la.. sekarang aku kalau keluar berjimbaraya memang balik awal. Even semalam sempat jugak mendaki Genting Highland tetap masih balik di siang hari sebabnya kat sini kami kesempitan parking. Kalau balik lewat confirm la dah tak ada parking di kawasan sekitar. Maka bila dah balik awal.. Malam tetap kena masak jugak untuk dinner. Almakl...