ANAK TAK NAK MAKAN BUKAN SEBAB MAK PEMALAS
ANAK TAK NAK MAKAN BUKAN SEBAB MAK PEMALAS . Ada anak yang sentiasa berselera dengan makanan best jer kan.. Anak aku ni makan & minum memang memilih. Dalam hidup dia sekarang ni makan roti jer.. Yang lain2 tu ada jugak dia makan tapi bukan makan sampai kenyang. Kadang2 sekadar rasa je. Minum pulak susu & milo.. Semalam baru aku nampak dia try nak minum sirap. Tu pun selepas dia mula gosok gigi dengan ubat gigi. Sebelum ni gosok gigi dengan air jer. Sejak dua menjak ni je aku biasakan dia gosok gigi dengan ubat gigi walau mula2 dia rasa pelik & nak mengelak. Sebenarnya ramai tak tahu gosok gigi salah satu cara meransang deria & sensory kanak kanak nak2 macam anak aku yang ada masalah speech delay. Lepas dia tak melalak lagi kena gosok gigi memang nampak berkembang banyak la speech & deria rasa dia tu. Selera pun improve sikit berbanding dulu. Jadi yang ada anak masalah lambat cakap ke.. picky eater ke.. rajin2 gosok gigi depa. Aku memang semua makanan yang aku m...