14 TAHUN MASIH MENYUSU DENGAN BOTOL SUSU

Rasa geli hati pun yer.. Rasa pelik pun yer.. Rasa janggal pun yer. Sang Lekit masa kecik pun suka menyusu dari botol & suka juga hisap puting botol susu kosong. Maybe tu la di namakan ketagih puting tiruan. Sampai umur berapa tak ingat tapi kiranya umur dalam 1 angka lagi la. Tapi ada adik manis sorang ni menyusu sampai sekarang (umur dah 14 tahun) dengan botol susu. Alkisahnya remaja 14 tahun ni sukar membuang tabiat minum susu dalam botol susu sampai la jadi anak dara. Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah. Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain. Dia cakap minum susu dengan botol dah menjadi rutin harian & baginya susu sangat sedap berbanding ...