BUKAN SENGAJA MENGHINA ISLAM DALAM VIDEO RAYA DENGAN ANJING

Mungkin ramai yang anggap den ni tak sensitif dengan isu Agama bila den kata Video Raya dengan anjing tu bukan berniat menghina Islam. Mungkin ramai yang salah faham maksud den & tuduh den sokong pulak perbuatan menghina Islam. Sampai ada kawan sekolah yang unfriend kat FB. Sebab tak faham la tu.. Kat sini kena jelaskan biar manusia2 yang tak faham & suka salah faham tu faham sikit. Isu video raya dengan anjing.. Yang jadi kecoh pasal video tu adalah sebab ada ANJING yang majoriti masyarakat Melayu Islam kat Malaysia ni sangat2 la sensitif sehingga anggap menyentuh anjing tu macam dosa besar yang tak boleh ampun dah. Ok.. menyentuh anjing tanpa sebab hukumnya HARAM. Menyentuh anjing dalam keadaan tertentu macam basah, terkena air liur darah najis dia wajib samak. Den faham sangat pasal tu. Dalam video tu muzik latar dia ada takbir raya sikit & lagu raya. Sebab ada ANJING & Takbir raya.. orang labelkan dia sebagai menghina Islam. Selepas tu dalam video tu ada babak ...