DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA . Kalau tahun tahun yang lepas hari raya la aku paling excited sebab boleh balik kampung. Tak kisah kena menempuh perjalanan yang sepatutnya 4 - 5 jam tapi kalau musim perayaan boleh kematu bontot 10 jam dalam kereta. Tapi tetap enjoy nak - nak lagi kami spesis tak suka sangkut dalam jam di tengah highway. Boleh stress ok kalau jam kat highway. Kami lebih suka menggunakan jalan lama.. Tak kisah la ambil masa yang panjang dalam perjalanan tapi bila boleh tengok pekan, kampung orang lain.. Nampak kemeriahan nak sambut raya tu serius memang satu terapi jugak. Aku memang kalau balik kampung tak kira la musim perayaan atau tak.. aku suka ikut jalan lama. Selain boleh tengok kampung2 orang boleh singgah banyak tempat. hahahaha.. Tapi di sebabkan tahun ni.. Allah dah bagitau awal awal. Sehari sebelum puasa sampai surat saman, maka dari awal memang dah kumpul kekuatan mungkin tahun ni tak balik beraya. Hope orang yang dedahkan maklumat aku tu ta...