CARA SEMBUHKAN SAKIT MATA DENGAN MUDAH & CEPAT

Alkisah semalam (9 November 2014) tetiba mata aku rasa semacam. Rasa macam berpasir, pedih & bengkak. Aku tengok kat cermin.. memang dah merah mata sebelah kiri. Pengalaman pernah sakit mata buat aku tahu.. Tu antara tanda2 sakit mata.. Sakit mata ni semua orang tahu boleh berjangkit. Setakat aku dengan asben aku kena sakit mata takpe lagi.. dok fikir budak kecik nan sorang tu. Sayu hati kenang kalau dia yang sakit.. aku akan bertambah lagi rasa sakit kalau anak aku sakit. Maka gigih google jugak petua nak ubat sakit mata selain dok fikir kalau tak ok jugak esok nak ke klinik je la. Lebih kurang macam ni la sebelah mata aku semalam. Aku jumpa satu petua ni.. kat blog mana tak ingat sebab google pakai tab tak bookmark pun blog tu.. rendam mata dalam air garam. Macam mana gamaknya nak rendam mata dalam air garam ni ni? kang bendul dok ingat kena korek mata pulak.. Alah.. buat sebesen air garam yang muat2 muka korang tu lepas tu rejam tanpa belas kasihan muka korang dalam ai...