Posts

Showing posts from April 16, 2015

SHAWL UNTUK PEREMPUAN MALAS

Image
Ha! Ambil kau! Pemalas tahap kronik katanya.. nak pakai tudung & shawl pun kalau boleh duduk depan cermin kelip mata sekali dua siap. Tak kuasa katanya nak belek2, adjust2, gulung2, pintal2, belit, silang tiga empat pusingan. Nak pin kan tudung pun kalau boleh tak nak. Tapi tetap nak hasil yang cantik & gojes gitu. wanita berselubung hitam katanya.. kekonon nak misteri la sangat Tapi tak nak pulak tudung sarung. Katanya tak up to date sangat dah.. Nak shawls jugak nampak trendy. Ok ok.. pemalas tapi nak trendy, nak cantik, nak selesa, nak simple, nak senang, pakai, nak yang tak payah letak pin pin dah. Jangan risau.. Yang takde jual dalam dunia ni mak bapak jer.. lain2 Insya Allah ada. Nak shawls macam tu pun ada... Meh tengok sini Ni la di namakan Instant Shawl yang simple tapi menawan. Untuk mereka yang bz, maybe anak ramai, anak kecik, yang sentiasa tak cukup masa nak berdandan lama2 depan cermin boleh try Instant shawl ni. Nak pakai senang sangat, tak payah nak ...

INILAH BANGUNAN PALING BERHANTU DI MALAYSIA

Image
Hari ni khamis malam Jumaat so, cerita seram di blog puaka melekat lekit bersiaran awal sikit la. Al maklum la malam Jumaat orang takut tido awal katanya. Tak berani nak blogwalking sampai tengah malam. Jadi untuk hari khamis malam Jumaat tajuk segmen puaka kita adalah Bangunan paling berhantu. Antara calon bangun paling berhantu pilihan puaka melekit adalah... Apartment Riviera II, Cheras sekitar tahun 90an katanya tempat ni banyak di jadikan asrama pelajar beberapa buah Universiti termasuk warga asing. Mula2 ok je tak apa yang seram pun berlaku tapi selepas katanya tempat ni di jadikan tempat maksiat segelintir pelajar, mula timbul cerita tentang gangguan mistik. Kejadian seram selalu berlaku dekat lift terutama tengah malam. Yelah.. mana extreme nyakat orang siang hari kan? Antara kejadian penuh misteri berlaku.. butang lift menyala dengan sendiri & berhenti di tingkat2 yang tak berpenghuni.Ada yang jumpa makhluk seram ketika naik tangga katanya. Nak tambah ngeri l...