ORANG MELAYU ISLAM LEBIH SUKA MENGHINA DARI MEMBANTU HANYA KERANA DIA BERNAMA ANJING

Tersentuh hati daku membaca satu blog yang menulis pengorbanan sepasang warga emas yang sanggup memikul tanggungjawab membuat kebajikan kepada 500 anjing jalanan & 100 ekor kucing terbiar tanpa sebarang bayaran dari mana mana pihak. Apa yang di buat semata2 hanya kerana wujudnya simpati & kasih sesama makhluk. Kisah Pak Mie yang kebetulan sang lekit tertengok videonya dari iklan says ni benar - benar menyentuh hati dari link video tu melarat pula membaca blog yang menulis kisah Pak Mie bersama anjing2 & kucing2 yang di selamatkan. Memang menyentuh hati pengorbanan Pak Mie & isterinya membanting tulang menjaga kesemua haiwan yang di selamatkan. Bukan semua orang mampu lakukan lebih lebih lagi sesetengah orang Islam yang suka sangat jadi setaz & setazah yang tak berapa khatam ilmu agamanya. Sebut je anjing mula pandang jijik & hina. Jangankan nak senyum.. nak bagi secubit makanan pun jangan harap. Mentang2 la terajar dari kecik anjing haram di sentuh, Pada...