ADA YANG SENTAP PULA
Banyak betul kesinambungan entri semalam & hari ni. Akibat cuba menjelaskan kembali salah faham yang berlaku dalam entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR dengan menulis entri SIKAP TUNDING JARI muncul pula pak meon or maybe mak enon atau dalam bahasa mudah di fahami blogger Anonymous @ Anon mengamuk dalam komen di entri SIKAP TUNDING JARI tu. Memang betul - betul sentap si meon/enon tu dengan entri sang lekit. Katanya kalau setakat nak buat ulasan dari artikel akhbar siapa2 pun boleh. Silakan la buat. Takde halangan. Lepas tu katanya sang lekit ni berangan nak jadi famous dengan entri2 macam ni. Takde pula terdetik entri2 ni akan mempopularkan sekaligus mengkayakan sang lekit. Katanya tak payah buat entri nak komen pasal dia & minta simpati orang lain. Tetap sang lekit buat entri khas untuk membalas balik. Nak komen kat blog beliau almaklumla orang lantang bersuara dalam identiti anonymous ni mana ada tempat kita nak bersoal jawab ...