IKAN SELAR SEEKOR RM2 KAT GIANT BATU CAVES

Semalam sempat pergi Giant Batu Caves.. motip pergi sana tak di kenalpasti tapi asben aku bawak pergi je la maybe sebab nak bawak makan sizzling yee mee kot sebab aku ada request nak makan. Tak best mana pun sizzling yee mee kat situ.. boleh la lepas dari mengidam akibat mengandung anak cacing dalam perut gitu... hahahaha Dah alang2 pergi cari la sikit2 barang2.. Boleh la hari ni masak apa yang patut. Sebenarnya aku ni kurang arif bab2 harga barang2 basah ni. Entah kenapa aku kurang ambil tahu pulak pasal tu tapi aku bukan tak pernah membeli belah barang basah langsung & aku boleh bezakan kat mana murah & kat mana mahal cuma harga jualan dia aku kurang pasti la kalau suruh aku bagi amount berapa rega sekilo bagai, kan?? Aku tengok seafood kat Giant semalam pun tak berapa meriah maybe aku datang malam & sekarang ni kan dah mood Chinese new year maybe sebab tu barang2 basah mula surut kot bila dah malam. Ok la.. bukan aku nak makan 100 orang pun setakat 2 mulut je. Aku pi...