Posts

Showing posts from April 25, 2011

NAMA GELARAN YANG MEMALUKAN

Sebagai anak desa walau telah berhijrah ke kota tapi Sang Lekit masih tak lupa asal usul. Biarpun di lahir & di besarkan kat kampung.. Namun remaja sang lekit tidak banyak kisah sekitar kampung sebab masa tu dah pandai bergaul & bersosial di luar. Itu kisah budak - budak baru nak up kata orang. Bukan kisah tu yang di kopekkan tapi isu gelaran orang kampung pada seseorang. Kat kampung ni kalau sebut nama mat, mail, dollah, salleh memang kadang - kadang ramai. Sebab ramai orang yang mempunyai nama & nama panggilan yang sama maka wujudkan gelaran yang pelbagai. Kadang - kadang mengikut sifat, sikap & perawatakkan. Macam pendek, tinggi, gemuk & macam - macam la. Bagi gelaran yang biasa mengikut fizikal tu kadang - kadang boleh la terima tapi bagi gelaran yang kadang - kadang mengaibkan tu hingga jadi bahan ejekkan orang lain pada individu tu atau keluarganya bagi sang lekit agak melampau. Kat kampung sang lekit ni memang sangat popular la dengan nama gelaran.. Macam...

25 MINGGU?? RASA SEKEJAB JER

Hari ni takde takut - takut lagi. Selamba jer hulur tangan pada drakula.. Takde main tarik2 tangan lagi dengan akak baju putih. Bangganya aku!! Cerita apa ni sang lekit?? Alah kisah pasal perut boyot aku la. Hari ni appointment dengan klinik untuk pregnant check up. Takde lagi adengan suspen menanti giliran nak ambil darah. Masa ambil darah pun takde lagi takut - takut. Pengalaman pertama dah bagitau macam mana rasanya drakula halus itu menyedut darah ku. Alhamdulillah menurut nurse yang baik hati lagi sopan & lemah lembut tu Puan Mazlinda Binti Musa (beliau sedang hamil 8 bulan) usia kandungan lekit dah masuk 25 minggu bermakna dah 5 bulan ok! Bukan 4 bulan lagi. Bagus misi Mazlinda ni senang Sang Lekit nak bertanya or merujuk apa - apa. Dia tak banyak bebel tapi cukup ramah & baik menjawab & memberitahu maklumat yang Sang Lekit nak tahu. Tak macam misi Tua tunggu hari nak pencen last month  makcik azimah Bt Mat Aroff tu.. Yang di tanya nak tak nak jer dia jawab da...

HARI IBU BAKAL MENJELMA.. SANG LEKIT LAYAK KE CELEBRATE SEBAGAI IBU?

Tak lama lagi kita akan menyambut hari ibu sedunia. Wah best la ibu - ibu bakal dapat hadiah.. paling2 pun dapat ucapan dari orang - orang yang tersayang. Macam mana pulak nasib bakal ibu macam sang lekit ni?? Boleh ke nak tumpang celebrate sama?? Baby masih dalam perut lagi tapi tetap dah di title sebagai ibu kan sebab dah ada baby walau belum keluar. Keterujaan mula terasa. Dulu takde la rasa macam excited sangat hari ibu ni selain celebrate untuk ibu jer tapi bila dah ada baby dalam perut ni rasa macam.. specialnya mothers day ni, kan?? Tak kira la baby dah keluar ke belum yang pasti Sang Lekit pun sekarang dah tergolong dalam golongan ibu - ibu. Tetap nak jugak tu... Apa yang lebih istimewa bagi seorang perempuan selain berjaya menjadi seorang anak, isteri & ibu. Biarpun ada orang yang berpeluang jadi seorang anak & isteri tapi masih ada yang tak dapat peluang merasai menjadi seorang ibu kandung pada anak sendiri. Bila memikirkan semua tu... Rasa syukur & bertuahn...