Posts

Showing posts from March 31, 2014

UNTUK YANG TAKSUB SANGAT DENGAN MIMPI USTAZ PASAL MH370

Image
Aku bukan nak mempertikaikan apa atau siapa tapi aku tengok ketaksuban manusia pada sesuatu tu semakin hari semakin menjadi jadi pulak. Nak2 lagi kalau datangnya dari orang yang ada title ustaz atau ustazah atau mana2 orang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agamanya. Sejak isu kehilangan pesawat MH370.. bukan setakat spekulasi yang menjadi ketaksuban manusia tapi jugak mimpi2 yang di kongsi oleh seorang yang bergelar ustaz. Sejak dua menjak ni cerita mimpi seorang ustaz berkaitan Mh370 menjadi popular pula kat laman sosial. Macam biasa.. aku baca apa jer berkaitan dengan MH370 tak kira la spekulasi atau berita2 dari sumber rasmi atau tak rasmi termasuk kisah mimpi seorang ustaz juga pengasas sebuah pusat rawatan Islam. Mula2 beliau share mimpi beliau berkaitan MH370.. yang katanya dalam mimpi tu mengambarkan pesawat di hijack kemudian semua sistem dalam kapal terbang tu di kawal oleh pihak lain dari jauh.. di lencongkan ke laut kemudian terhempas di lautan. Dalam mimpi tu seaka...