UNFRIEND BUKAN PUTUS SILATURRAHIM

Sebelum aku membebel panjang di bulan ramadhan yang mulia ni nak jugak aku cakap awal awal bahawa apa yang bakal aku tulis bukan untuk tuju kat sapa sapa. Apa yang bakal aku tulis nanti tu terdetik & terilham dari kepala otak aku dari situasi yang berlaku tak bermakna aku nak tuju kat mana2 individu jadi kalau ada yang terasa nanti anggaplah kebetulan. Yang mana baik ambil sebagai teladan yang buruk tu jemput la tegur kat komen nanti. Sumber carian google Bila kita suka dengan orang tu kita add dia sebagai friend tapi bila berlaku sesuatu yang tak di ingini kita akan pilih untuk menjauh dari dia.. samada unfollow atau unfriend.Kalau aku la kan... Tahun2 yang sebelum ni aku susah sangat nak unfriend orang tapi 2014 pecah record la aku unfriend orang. Ada yang anggap unfriend tu umpama putuskan silaturrahim.. Tapi aku bukan sebab nak putuskan sillaturrahim. Bila jadi sesuatu perkara macam salah faham @ perbalahan ni.. kalau aku tengok berpanjangan sangat memang aku unfriend b...