KAU TAK LAYAK CAKAP BEST ATAU TAK KALAU KAU BUKAN PAKAR

Haruskah bergelar seorang pakar untuk menjadi penilai atau memberi pendapat secara peribadi pada sesuatu perkara tu? Kalau macam tu la syarat untuk mengeluarkah hujah & pandangan peribadi maka ramai yang dah langgar peraturan dalam menulis blog sebab ramai juga yang bagi pendapat secara peribadi terhadap sesuatu perkara yang dorang nak komen. Hasil carian google Kenapa isu ni di bangkitkan.. Takde apa sekadar berkupas kupis & kopek untuk perbincangan umum sahaja bukan untuk cari pasal yer. Katakan korang menonton satu filem kat pawagam yang dari sudut kaca mana korang filem tu memang bosan & tak best. Lalu korang pun taipkan satu entri berkenaan apa yang korang tonton & menyatakan pendapat korang secara jujurnya terhadap cerita tersebut & mendapat komen dari seorang makhluk yang mengatakan anda perlu memahami terlebih dahulu tema cerita tersebut sebelum membuat penilaian samada ia menarik atau tidak. Apa perasaan anda?? Mesti pelik kan?? Mungkin kita tak grade ...