MENJELANG AJAL

MENJELANG AJAL . Semalam sempat la menonton filem dari indonesia. Yelah baru dapat tengok netflix. Almaklum la menumpang akaun orang. Tapi kali ni kita guna secara sah yer. Netflix premium hangpa boleh add member 2 orang tapi kena tambah bayaran tu sebanyak RM13 sebulan. Jadi aku tumpang guna akaun orang tapi aku bayar la. Takkan nak guna free pulak. Dah orang tumpangkan tu pun syukur. Kita akan dapat akaun sendiri di mana kita signin dengan email & password sendirj cuma bil akan masuk ke akaun owner. Nanti kau bayar la sewa kat owner dia setiap bulan. Jadi bila dah add member tu boleh la sambung tengok movie kat netflix. Hiburan masa lapang kan.. Kebetulan sebelum tu tertengok kat reels fb sedutan filem Menjelang Ajal. Macam best pula. Jadi petang semalam aku layan la sekejab filem dari seberang. Filem ni mengisahkan seorang balu yang struggle sorang sorang nak besarkan anak anak selepas kematian suami. Dia buka restoran untuk kelangsungan hidup. Untuk melariskan...