SATU LAUK SATU GST MEMANG BERSIH POKET

SATU LAUK SATU GST MEMANG BERSIH POKET . Pelik sangat ke GST di kenakan pada setiap jenis lauk @ makanan?? Takde la pelik di Zaman kegemilangan Dato Seri Najib Tun Razak ni. dah jadi rutin harian hidup rakyat malaysia tak kira miskin atau kaya untuk membayar GST. GST adalah cukai yang tak pilih kasih ok. Takde kasta2 untuk bayar GST. sangat adil & saksama perlaksaan cukai GST ni. Kau berduit ke tidak tetap kau kena bayar GST bila kau beli barang yang di kenakan cukai GST. Semalam.. Almaklumlah genap 20 tahun umur aku katanya ( sila buat2 percaya ). So, macam biasa celebration family cinonet aku ni kami akan spent time together pergi makan & jenjalan. Sebab aku request nak makan ikan bakar maka suami mithali bawak la ke JERAM sana. Aku memula taknak makan kat situ.. Last makan tak sedap & mahal. Mana lagi Aroma Ikan Bakar la. tapi Sang Suami budiman cakap.. alah umpama kita mencuba kembali buat pertama kali. Ok la.. Sebab time tu belum malam & belum ramai orang maka...