BILA LALA JADI VACUUM..

Hari genap usia budak lala setahun enam bulan & 4 hari. Dalam umur setahun setengah ni apa yang lala dah expert yer?? Boleh la.. nak kata genius sangat sampai dah boleh hafal a sampai z tu takde la. Lala bukan kanak - kanak terpilih yang mendapat anugerah tu setakat ni. Akan datang tak tau la kot2 rezeki lala tergolong dalam golongan kanak2 genius.. Tu tak tau la pulak kan?? Sekarang lala dah semakin laju jalannya walau kadang2 terbabas jugak sebab lost control. Selera makan merundum sikit sejak dua menjak & sang lekit terpaksa beli sebotol lagi Appeton Multivitamin lysine untuk mengembalikan selera makan dia. Pun begitu dia tetap di beri makan jugak walau makannya sikit sangat. Dan sejak dua menjak ni Bapak lala gegatal pulak tidokan lala dalam buaian balik. Nampaknya lala kembali menyukai dirinya di buai sambil tidur. Sejak kembali ke arena buai membuai ni senang sikit sang lekit setting time tidur siang dia. Lala akan bangun selalunya pukul 10 pagi.. kalau awal pun ...