Posts

Showing posts from November 30, 2010

MARI MENDONGAK KEJAB

Haruskah mendongak walau ia di atas?? Rasanya tak per lu kot... Tapi macam mana nak tengok benda di atas tanpa mendongak?? Takkan tu pun nak kena ajar..Korang buat blog pandai lak kan.. nak scroll ke atas takkan tak tau lak.. Aiyakkk.. pekebenda lagi ni cik lekit Ooi sampai nak kena scroll balik keatas?? Dah scroll keatas mesti korang ada nampak something yang bertukar lagi kan?? tak tau jugak ker?? Nampak sangat la ia tak menyerlah jauh dari yang biasa kan?? Header baru la apa lgi. Aku kurangkan semak samun.. biar simple tak semak mata aku atau mata korang yang terpandang. Tapi modelnya kecik sangat gambarnya kan?? Apsal?? Sesaja nak low profile kan model tu.. Dia tengah peluk tiang sambil usya tagline lekat lekit tu.. Motif tukar lagi header napa?? Ntah aku rasa menyampah lak tengok header yang penuh lalang macam yang sebelum ni. So, sapa nak header meh order skang!! Wah... macam rajin sangat aku nak buat. Komen Uolls header baru ni camna??

KERANA KATAK MASUK PENJARA

Image
Dia rogol katak ker?? Atau dia aniaya katak?? Mungkin juga dia pukul katak?? Apa dia dah buat kat katak tu sampai masuk penjara?? Meh kita kupas - kupis isu ni.. Konpom ada gadis2 & wanita2 yang tengok gambar ni terus meremang bulu roma.. rasa geli hingga ke tulang sumsum kan?? Itulah kelebihan seorang AKU sebab tak rasa geli dengan benda alah ni Alkisahnya seorang pekerja ladang ternakan katak di penjara enam bulan sebab mencuri katak ternakan majikannya.. Ohh.. begitu.. Suspen jer kan?? Uolls jangan ingat kerana katak, tak boleh masuk penjara. Selagi ko buat benda salah tetap ada akta untuk di kenakan. Tak kisah la ko curi anai - anai dalam rumah orang.. selagi benda tu dalam rumah orang tetap hak orang & sekiranya korang curi tetap salah, kan?? mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Bayangkan berbaloikah anda menerima hukuman hanya kerana katak?? Tapi katak tu ada Value seb...

KALAU KAU DUA KALI GANDA AKU PUN KENAPA??

Image
Dilahirkan tidak mempunyai tinggi seperti nasha aziz, cutting secantik Rozita Che Wan & muka secomel Amy mastura.. Tapi Ok jer aku rasa hidup dalam fizikil, bentuk badan & rupa camni. Tak menghalang apa - apa pun aku nak buat. Even.. aku menikmati hidup seperti manusia normal yang lain. Ada masalah ke kalau kementot?? Tak kan?? Al kisahnyanya.. Semasa aku berjalan - jalan.. Dari bawah nak ke tingkat atas selepas buang sampai di tempat mulia.. (tong sampah la.. Ingat aku spesis buang tepi tangga ker??) Sampah dah takde so, tak payah rasa bersalah nak guna lift. Lain la kalau bawak sampah.. hormat pengguna lain.. Takut sampah berbau mengganggu sistem penafasan orang lain lak kan?? Then dalam lift dari tu ada 3 orang gadis pinggitan.. Op's cuma 2 orang jer maybe gadis.. Yang sorang tu nampak jer macam gadis tapi dah tak gadis.. (kekekekeke aku ler tu!!). Then masing - masing tak kenal.. melainkan 2 orang gadis tu macam ada connection. Maybe kawan serumah kot.. Diam jer la.. ...

HANTU PENJAGA TOMBAK

Image
Kalau zaman dulu.. ia di panggil saka bila seseorang itu menggunakan khidmat jin untuk menjaga harta benda dorang.. erkk.. betul ke tak ni?? Kira betul la tu dari apa yang selalu aku dengar orang cakap & aku baca. Sekarang.. isu yang lebih kurang sama nak aku kupas kupis.. Kisahnya berlaku kat Indonesia.. (memang negara itu terkenal dengan ilmu - ilmu hitam kan??) Seorang ahli paranormal telah berjaya menangkap seekor, seorang.. erkk.. sebuah.. op's.. sebalang.. arghh tak tau la aku nak guna apa bagi hantu ni... yang di percayai penjaga satu tombak kuno. Tombak tu menurut seorang penduduk yang bernama Agus ni di tanam di perkarangan rumahnya. Tapi dorang hanya berjaya menemui mata tombak jer.. lain2 anggota tombak takde. Menurut Si Agus.. kemungkinan tombak tu peninggalan zaman kerajaan dulu - dulu. Dan tombak tu di ambil oleh ahli paranormal tu. Semalam, akhbar Detikcom melaporkan bahawa hantu yang kelihatan seperti lembaga separuh badan manusia berwarna putih ditangkap...

BUAT MAKSIAT DI BILIK MAYAT

Image
Korang berani?? Korang baca tajuk jer.. dah fikir orang tu buat benda sumbang dalam bilik mayat hospital.. kan?? Bukan la beb.. Meh sini cik lekit nak bagitau... Isu kupas kupis kita berkisahkan... Seorang suami yang membunuh isterinya lalu di sorokkan mayat dalam almari.. kemudian bawak balik awek dia kat umah, then buat maksiat dalam bilik yang sama dia bunuh bini dia. Tu keterangan yang di beri awek dia untuk kes Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39. Kan?? Dah la buat benda sumbang.. pastu terpaksa di dedahkan kat umum sebab terpaksa menjadi saksi kes pembunuhan. Dari orang tak tau jadi tau.. Sesungguhnya, balasan Tuhan tu tidak hanya di akhirat. Walau menjadi saksi untuk kes tu tapi dia terpaksa membuka pekung didada sebab terpaksa memberi kenyataan terperinci sebab dah jadi saksi kes pembunuhan. Siap rancang nak kawen kat Thailand.. sebab bapak di pompuan tu tak setuju. Yang di laki ni lak mengaku dah ceraikan bini dia. Memang cerai....

BILA ORANG GILA DI BERI KERJA..

Awal pagi mengupas ngupis isu hari ini daru HM online.. Apa kes lak ni?? Nak tau jom kita kopek sekarang yer.. Alkisahnya seorang ibu hamil yang sedang sakit nak bersalin di hantar suaminya kehospital.. Sampai jer kat hospital.. Si hubby ni nak pergi parking kereta, then sorang jaga tolong tolak si ibu hamil ni dengan kerusi roda untuk di hantar ke wad bersalin. Malangnya jaga yang ada mental problem ni mengambil kesempatan menumbuk perut si ibu hamil ni semasa dalam lift sebelum di hantar ke wad. Jaga yang di srujuk ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental baru je dua bulan bekerja dengan HPSF. Wah bahayakan gajikan pekerja yang mental problem ni. Nasib baik Ibu hamil tu tak apa - apa. Buatnya dia bertindak lebih ganas dari tu.. entah apa yang akan berlaku. So, pasni para majikan kena la alert sebelum mengambil pekerja.. Kena yang gila camtu.. Sangat bahaya!! Kalau korang nak baca artikel ni sila clik : Ditinju sebelum bersalin

Header Untuk Qila

Image
Ini header paling melekit untuk Qila.. Bagi memenuhi syarat contest qila ni. Sememangnya aku hanya tau buat tapi tidak kreatif sangat. Just masa yang terluang.. Mood yang baik dalam cuaca yang muram maka terhasil lah seni melekit hasil tangan Lekat Lekit gurl untuk si gadis comel bernama qila (Ampu lebih nampak!!) Ni adalah header yang di kosongkan sekiranya qila nak tukar tagline Ni copy dari header asal qila So seapa yang berminat nak join contest yang qila anjurkan ni boleh la clik : Header Untuk Qila

INI AKU DAN INI JUGA SAYA

Image
Ya.. itulah saya.. itu juga aku!! Cuba menjadi apa yang di jadikan.. Berusaha untuk lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa berjuang dengan dugaan yang datang. Kalau betul penuh teka teki.. Tapi tak minta sesapapun cari jawapan. Ini juga aku.. Ini juga saya.. Ia sebahagian dari diri Nursuria. kadang - kadang tulisan aku agak gila - gila.. Kadang - kadang aku menjadi seorang yang kelakar dan peramah & kadang - kadang aku tegas dalam berkata - kata. Ya.. itu juga saya.. itu juga aku. Aku menjadi apa yang di jadikan.. Kalaupun tersembunyi bermacam rahsia di sebalik kata - kata tak bermakna sekarang aku bukan diri aku. Aku tetap aku juga.. Dan saya tetap saya. Gaya bahasa & cara penyampaian dalam penulisan adalah melambang aku dan saya. Diluar aku juga seorang yang peramah, kelakar & kadang - kadang juga serius.. Bergantung pada keadaan kalaupun ramai kawan - kawan yang kenal aku dulu seorang yang talkactive & gila - gila. Berbangga dengan apa adanya bukan bermakna aku ...