MENGHASILKAN PARUT TERTERA TULISAN NAMA SESEORANG SAMA SEPERTI MEMBUAT TATU ADALAH HARAM

Bukti cinta gadis remaja KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta. Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu. Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah. Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya. “Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko...