Posts

Showing posts from March 8, 2014

PESAWAT MAS YANG HILANG DARI RADAR TERHEMPAS DI LAUT ??

Image
Ya Allah.. sentap aku baca berita terkini di blog astroawani ni tau. Nak menaip pun rasa menggigil jari. KUALA LUMPUR : Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc. Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat. Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China. Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat...

SENARAI PETUGAS,WARGANEGARA & JUMLAH PENUMPANG PESAWAT MAS YANG HILANG DARI KAWALAN RADAR

Image
Pagi2 lagi aku dah baca berita yang bagi aku agak menakutkan, merisaukan jugak menyedihkan. Sebuah pesawat Mas yang dalam perjalan ke Beijing dari KL hilang dari kawalan radar & masih belum dapat di kesan. Seperti biasa muncul spekulasi yang mengatakan pesawat MAS tu dah selamat mendarat di Nanjing China.. tapi kesahihannya aku tak tahu. Kalau betul Alhamdulillah.. hope khabar angin macam tu jadi kebenaran. Masih tak tahu status petugas & penumpang pesawat MAS tu.. Jadi marilah kita doakan semoga semuanya selamat & tiada kematian atau kecederaan serius. Kat bawah ni senarai petugas di dalam pesawat & senarai warganegara & jumlah penumpang yang ada dalam pesawat tersebut

PHOTOBOOK RM5 UNTUK 16 MUKASURAT

Image
Inilah kali pertama aku tempah photobook.. tu pun sebab harga dia RM5 jer. Kalau tak jangan harap la aku nak spent duit aku yang takde la banyak sangat tapi nak kata takde duit pun bunyi macam menipu & minta simpati sangat kan.. ada la sikit2 buat2 belanja diri sendiri. Aku tak ingat bila aku mula sign up.. buat payment kemudian edit photobook tu.. tapi tapi silap bulan lepas la. Aku upload untuk di print dalam 2 3 hari lepas & hari ni dah sampai ke tangan aku. Cepat jugak la proses dia. Untuk 16 mukasurat.. kualiti print dia cantik jugak & kertas dia pun tebal.. tak mampu budak lala nak koyak. Ni adalah kulit buku dia.. Pinky Uolls.. anak perempuan la katakan.Pinky sikit takpe Sebab first time buat photobook ni aku tak dapat la nak compare dengan service photobook yang lain tapi dengan pixajoy ni bagi aku not bad. RM5 ni bukan normal price dia tau.. harga promosi sahaja. offer sampai hujung bulan ni.. jadi sapa2 yang nak photobook berharga RM5 ni sempat lagi kala...