Posts

Showing posts from January 7, 2011

MAIN TIPU DENGAN NUFFNANG

Jom clik nuffnang saya.. lepas tu tinggalkan mesej saya akan clik balik nuffnang kamu! Tu dia strategik menjana pendapatan melalui iklan nuffnang yang menari nari kat blog kita. Lekit jenjalan kat blog adik - adik then jumpa la pasal entri minta orang clik nuffnang dia sebab dia baru je berkenalan dengan majikan baru blogger ni. So, demi menambah hasil tabung beliau minta la rakan2 support beliau dengan mengklik iklan di blog dia.. then akan di balas balik Pada adik - adik Nuffnang dah mengeluarkan amaran tentang clik fraud ni. Perkara yang perlu dielak: Terdapat satu perkara yang amat dilarang bagi setiap ahli Nuffnang, iaitu melakukan aktiviti click fraud. Click fraud didefinisikan sebagai perlakuan memanipulasi bilangan klik yang diterima unit iklan di dalam blog (contoh: klik unit iklan di dalam blog secara berulang-ulang, menukar alamat IP komputer sendiri, atau meminta pihak lain melakukannya). Anda dibenarkan untuk klik pada unit iklan sendiri sekiranya berminat dalam...

NAK BELAJAR PASAL ALEXA RANK? JOM

Okies ramai juga la serbu blog melekit tanya pasal Alexa rank ni.. Alahai cikgu melekit pun belum khatam la camna nak ajar kalau Tok Guru pun tak berapa paham sangat pasal Alexa Rank ni. Cikgu Lekit cuma tau check ranking jer.. Yang lain2 tak reti lagi. Ok atas keperihatinan Cikgu Lekit ni.. Cikgu Lekit search juga la pasal Alexa Rank untuk anak2 murid yang bertanya. Tapi kang copy paste jadi isu plagiat. Tak manis bagi gadis ensem macam Cikgu Lekit berperilaku demikian rupa.. Nak kejar traffic & visitor pun biarlah dengan cara yang mulia sikit. So taknak la mencabuli hak asasi orang lain meh Cikgu Lekit Share Link ke blog yang menerangkan Apa Itu Alexa & Tutorialnya sekali. Tak pe la Cikgu Lekit pinjam sikit pengenalan Alexa ni dari tuan punya blog untuk korang berkenalan dulu yer.. Apa Benda Alexa Rank? Alexa.com adalah sebuah company yang memantau perjalanan trafik sesebuah blog atau laman web.Mereka akan menilai prestasi sesebuah blog dalam jangka masa 1 dan 3 bulan...

APA KENA DENGAN ALEXA NI??

Image
Sapa Alexa?? Alah tipu la tak kenal.. Blogger mostly kenal la Alexa. Semua orang dah mula berebut - berebut nak menempatkan blog di hati Alexa. Kekekekekekeke Apa yang tak kena dengan Alexa ni Lekit?? Ntah la.. Tak paham betul. Hari ni angka Rank Berkurang lagi sebanyak 34,256. Ni kalau dalam RM dah boleh pergi honyemoon ni. Ko jangan nak riak sangat ok! Cakap la Rank ko semakin  maju gitu!! Kekekekeke.. Baru 4 -5 hari register Alexa ni setiap hari Ranking blog melekit menampakkan peningkatan bila setiap hari Nombor Ranking akan berkurangan. Itu petanda semakin ramai dah visitor la.. Alahai mengembang kau Lekit! Lekit Install toolbar Alexa then setiap hari ranking Lekit akan terpapar la kat status bar sebab tu senang update. Maybe Alexa juga membantu kot dalam peningkatan jumplah visitor. Tak tau lak sebab sejak register Alexa ni traffick, PV & UV semua meningkat setiap hari. Apapun Alhamdulillah.. Thanks pada semua yang sudi jenguk Blog Melekit ni. Hanya blog comot yang me...

PERMAINAN YANG BERMUSIM

Image
Bukan cuaca je ada musim tapi ada beberapa permainan yang bermusim. Mesti korang tau, kan?? Masa kecik2 dulu kat kampung permainan yang bermusim ni akan popular dalam satu tempoh then akan lenyap seketika pastu akan datang balik. Korang cuba ingat apa permainan yang bermusim kat tempat korang masa korang kecik2 dulu. Bagi kampung Cik Lekit masa kecik dulu permainan yang bermusim seperti layang2/wau, guli, gasing, congkak, batu seremban (kat kedah panggil batu selambut). Tu antara permainan yang di mainkan secara bermusim. Musim dia ni tak tentu bulan yer.. Kalau datang musim main guli pakat semua la tumpu main guli jer dalam tempoh masa tertentu then mula tidak di mainkan bila musim jemu dah datang. Permainan bermusim ni musim dia bukan macam cuaca tau! Ada bulan tertentu. Biasanya di mulakan oleh seorang dulu kemudia di ikuti dengan yang lain - lain. Kalau musim main layang - layang.. maka abis semua la kena sunburn sebab kitorang main layang2 kat sawah. Kira jalan kecik di tengah a...

BATAL NIKAH DEPAN KADI

Dah elok make up.. pakai baju liplap.. liplap.. Kadi get ready.. pengantin lelaki dah hafal lafaz akad tup - tup bapak pengantin pompuan batalkan perkahwinan. Apa kes?? Jom kupas kupis.. Alkisahnya.. bakal pengantin yang dah siap sedia nak di ijabkabul ni.. Pastu di bapak pengantin pompuan minta separuh daripada gaji anaknya yang dijadikan salah satu syarat dalam perkahwinan itu semasa pengantin lelaki nak sain surat pernikahan tapi tidak di persetujui tuntutan tu oleh pengantin lelaki. Akibatnya bapak pengantin perempuan terus membatalkan pernikahan pasangan tu dan gagal di pujuk oleh tetamu yang hadir termasuk kadi tu sendiri. Apa lagi frust menonggeng la si pengantin perempuan sampai koyak baju pengantin dia. Mana tidaknya.. Dah elok - elok nak kawen cancel last minute. Apa punya bapak la materialistik. Sanggup hancurkan perasaan anak dia. Lepas ni confirm orang takut nak nikah dengan anak dia sebab perangai bapak dia camtu, kan?? Kalau yer pun nak adakan syarat camtu inform l...

CIK SHIDA ADALAH KHUNSA

Image
Hampir nak histeria aku.. Ha kau apa tak histerianya kalau tetiba tengok.."Cik Shida Adalah Khunsa". Aduhai.. Apa kes ni?? Mana datangnya cerita pasal ni. Betul ke Cik Shida ni Khunsa. Sapa dapat buktikan?? Tapi ternyata benda ni menjadi pertanyaan ramai sebabnya... Jeng ! Jeng ! jeng!... Aku pelik betul dengan keywords blog aku ni tak kira la kat nuffnang atau blogspot ni. Hampir 80% tak suci langsung. Memang aku ada tulis artikel pasal cik shida tapi takde lak aku pernah tulis cik shida ni khunsa. Tapi tetiba jer ada. Kalau korang tengok keywords aku hari ni setakat jam ni korang pun akan geleng2 kepala. Hampir semua tak senonoh. Sapalah search tajuk2 camtu yer.. Sungguh tak suci otak kamu, tau! Tempiasnya blog melekit lak ternoda dengan keywords camtu. Meh la share skit keywords dari nuffnang ni.. Yang takde2 lak ter ada dalam keywords blog aku. Bila masa lak aku buat entri kisah pecah dara bagai ni. Kisah jantan bogel pun tak pernah aku tulis apatah lagi kisah main d...

DARI SEORANG DJ MENJADI PENGEMIS NAMUN KINI BAKAL JUTAWAN

Image
Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah manusia terletak pada kebolehan diri.. erkk... Sudah tukar ker?? Betul ke lekit tajuk entri kau tu?? Kau biar betuul.. Betul la ni. Nak kopek ni baca dulu sampai abis Alkisahnya seorang pengemis yang memegang nota dari cebisan kertas yang bertulis.. "Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan." Kemudian bercakap dalam gaya & nada penyampai radio berjaya di kesan oleh seorang jurugambar dan merakam videonya. Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN). Selepas tu dia mendapat pelbagai tawaran untuk menggunakan suaranya. Semua tawaran tu harga ...

ENTRI POPULAR DALAM MASA 24 JAM & MINGGU INI

Image
Siapa?? Cakap?? Bagitau?? Kalau tak kena luku berganti ganti!! Kekekekekeke.. Konon! Tak sangka la cempedak jadi cucur badak.. Ni di kira meneguk dari air yang keruh ker??Taklah takde niat camtu pun.. Lekit ko ni mukadimah selalu panjang - panjang! Cuba ko bagitau sapa yang popular tu.. Bukan siapa tapi enti apa jer.. Okies tadi nak ping entri baru kat blogged.my tu. sekali terpandang.. Hari ni dapat ranking pertama & kedua lak blog melekit kat bloged.my tu untuk kategori Most Popular of Last 24 hours dan This week. Dua entri yang menjadi sasaran pembaca iatu.. Ni la kali pertama Lekit berjaya meragut Ranking pertama & kedua sebagai entri paling popular dalam masa 24jam di blogged.my. Dua - dua di kedudukan teratas lak tu.   Dan menjadi top ten entri paling popular minggu ni even umo kedua2 nya baru nak masuk 2 hari.. Aduhai.. Bukan la niat hati menumpang populariti & kontroversi orang lain.. Kalau Entri pasal Cik Jejari Runcing tu just bagi promosi pasal GA dia s...

KENAPA KANAK - KANAK BERBOHONG?

Sesi pembacaan bermula di tengah malam sebab time ni dah takde apa nak buat.. Tunggu esok la menyambung kerja harian. Apa lagi bagi menjana idea di tengah malam.. Harus la membaca. Takkan nak merayap lak kot semata - mata nak cari isu untuk di kupas - kupis atau bahan rujukan nak update entri. Perjalanan penuh siku liku malam ni seperti biasa bukan hanya pada blog jer.. even banyak jugak blog yang aku baca malam ni.. Jumpa juga 2 3 entri tak puas hati pasal LensaRosak tu. Tu hak masing2 dengan pandangan masing - masing. Pun camtu aku tak cakap LensaRosak Betul & Blogger lain salah.. Terang - terang pun kita nampak baik & buruk entri yang di tulis oleh LensaRosak tu.. So bagi tidak mengundang kontroversi yang melampaui batas ada baiknya Cik Lekit jangan kupas kupis isu pasal tu buat sementara ni.. Kalau ada something yang menarik je nanti ko buat kupasan yer lekit.. Okies berbalik pada isu Kenapa kanak - kanak berbohong, Hasil dari pembacaan di kosmo Lekit jumpa punca kenapa k...

ADA MOOD BERBLOGGING TAPI TAKDE IDEA NAK TULIS ENTRI. LEKIT ADA TIPS

Korang pun tau kan.. Lekit ni spesis yang suka jaga tepi blog orang gitu! Setiap kali BW lekit akan tengok entri terbaru. Dan akan terjumpa entri - entri yang takde pengisian langsung. Macam bagitau takde idea.. Tengah bosan.. Tak tau nak cerita apa. Atas ke bz body yang prihatin sang lekit ni meh akak lekit nak bagi tips skit cara akak lekit berblogging. Yang penting mood kena ada. Sebab mood menguasi tindakkan kita. Kalau takde mood buat apa pun tak menjadi. Kalau lekit ada mood nak berblogging tapi tetiba blank. Takde idea lak nak update entri. Nak cerita apa pun tak tau. Totaly 0 la time ni. 1st lekit akan buat.. Blogwalking Blogwalking yang di maksudkan bukan la sekadar clik blog orang then tinggalkan pesanan kat shoutbox pastu blah. Itu tidak menjana sebarang idea. Lekit akan baca entri - entri kat blog orang. Maybe ada entri yang menarik untuk lekit buat kesinambungan melalui pandangan & pendapat peribadi. Jangan la copy paste bulat2 lak entri orang. Kurang manis.. Dari...