Posts

Showing posts from June 12, 2015

BUAT RESUME ADA AUDIO/SUARA GUNA KERTAS JER

Image
Sebab katanya susah sangat nak dapat kerja sekarang ni, maka mamat ni telah menghasilkan satu resume yang ber audio guna kertas jer. Mak Aii.. canggih manggih giler beb! Confirm resume dia la paling dapat perhatian nak2 lagi dia nak mohon kerja kat syarikat telekomunikasi. Benda yang kita semua tak pernah terfikir nak buat tapi ni la di namakan kreatif. Maybe dia ni banyak ber khayal tu sebab dia kreatif. Hahahaha Kalau hangpa nak tengok macam mana dia hasilkan resume yang boleh bersuara even melalui kertas jer.. Jom tengok kat sini sebab aku nak cerita lebih2 pun tak berapa reti sangat. So better hangpa tengok jer sendiri >> 10 Absolutely Epic & Brilliant Ways To Stand Out And Impress The Big Giants << Elok sangat la bagi sesapa yang nak cari kerja macam mana nak buat permohonan anda lebih menonjol berbanding orang lain sebab kat situ akan bagi contoh 10 resume yang kreatif maybe memberi inspirasi kepada anda. Jangan terkejut ada yang buat resume dalam bentuk...

TEORI MH370 PALING ROMANTIK MACAM KISAH CINTA TITANIC

Image
Teori & spekulasi yang terilham dari manusia yang punya imaginasi yang tinggi & jauh sejak kehilangan pesawat MH370 rasanya kalau compile boleh buat filem. Cerita depa memang menarik cuma kadang2 ada yang tak masuk akal. Yelah.. cerita dogeng memang best baca tapi nak percaya tu memang susah. Terbaca share post dari page My Media Hub tapi nak clik link tu tak boleh pulak detect virus ke hapa. Tapi baca tajuk & description pasal teori pesawat MH370 terus aku terbayang kisah cinta Jack & rose. Katanya pesawat penumpang MH370 terjunam dengan sempurna sehingga menenggelamkan pesawat tu ke dasar lautan hindi tanpa menyebabkan pesawat itu berkecai & masih kukuh. Aku mula terbayang masa pesawat tu menjunam ke dalam laut mesti lemah lembut & sopan santun jer sampai tak sedikit pun serpihan pesawat terkopek atau terpecah. Alahai romantiknya cara dia menjunam ke dalam laut... macam kisah cinta Jack & rose dalam filem titanic. Kira masa dia nak terjunam tu macam...

TREND WARNAKAN BULU KETIAK

Image
Ni la manusia akhir zaman. Masing2 nak jadi lain dari yang lain. Yang bukan bukan jer depa nak buat. Gamaknya boring sangat dah kot hidup depa ni tak macam kita macam tak sempat rasa bosan. Kalau boleh skip tanggungjawab yang nak buat tu nak jugak skip sehari dua.. Tapi sebab tak boleh skip maka penuh la aktiviti harian dengan kerja yang tak pernah abis. Tapi makhluk2 ciptaan Allah yang spesis ni.. Depa maybe terlebih rajin nak membela bulu ketiak. Bukan setakat membela bulu ketiak.. siap cantikkan lagi even aku tak rasa cantik tang mana pun. Bulu ketiak bagi aku kotor. Pompuan bela bulu ketiak ni bagi aku pengotor. Apatah lagi nak warnakan bulu ketiak. Ketiak ni cantik bila botak jer bukan berbulu. Nak2 lagi perempuan. Tapi sebab depa ni rasa cantik,menarik kau memang da'bomb.. so depa pun cetuskan la trend bela bulu ketiak kemudian warnakan. Tak cukup.. ambil gambar & upload. Sumber : Women dyeing their armpit hair Muka jer cantik tapi loglaq & pengotor tak...

BERKHAYAL BUAT KITA LEBIH KREATIF

Image
Berkhayalan ni kategori berangan la jugak. Benda yang paling best buat.. Aku dulu suka jugak berangan/berkhayal ni sebab masa zaman muda rumaja aku suka mengarang cerpen, puisi bagai. So salah satu cara nak mendatangkan ilham adalah dengan cara berangan. Aku dulu suka berangan kalau travel jauh2 sebab aku tak payah drive tapi sekarang jangankan nak berangan nak mimpi pun rasa macam tak sempat. Sumber Google Sebenarnya orang suka berkhayal @ berangan ni bukan semua spesis mat jenin @ minah jenab yer.. Setiap perkara tu ada baik & buruknya termasuk la berangan. Antara kebaikan berangan ni adalah mampu meningkatkan kreativiti. Tu aku memang setuju sebab berangan ni kadang2 mencetuskan idea yang best nak2 lagi untuk seorang penulis. Tapi tulis blog macam tak berapa sesuai pulak.. tulis novel,cerpen, skirp drama @ filem memang sesuai untuk orang suka berangan. Selain boleh tingkatkan kreativiti berangan @ berkhayal ni boleh gembirakan hati. Ni pun aku setuju.. Bila sedih try b...