Posts

Showing posts from June 20, 2012

RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR SEPULUH BULAN

Image
Setiap bulan kalau muncul angka 20 pada kalendar pasti akan muncul entri ni. Yelah.. setiap bulan itulah hitungan yang di buat. Setiap kali bertambah angka.. Buat hati sentiasa ceria. Melihat dia membesar depan mata.. kadang - kadang rasa macam tak percaya. 10 bulan dah dah bersama dia.. Tak sangka berjaya jugak setakat ni sang lekit membesarkan dia dengan kudrat sendiri. Walaupun takde pengalaman.. tapi dia menjadi guru untuk sang lekit belajar bagaimana menguruskan bayi dari sejak lahir sehingga kini. Hari ni Shahila @ Lala dah genap 10 bulan. Apa dia dah buat? Dia tak merangkak sampai sekarang.. Tapi dia boleh buat gaya macam baby nak merangkak cuma bila dia nak bergerak dia akan berada dalam posisi meniarap & meluncur laju. Dia boleh duduk kalau kita bantu dia letak dalam posisi duduk cuma dia nak buat sendiri macam malas. Tapi dari rentak dia.. sebenarnya & rasanya dia dah boleh duduk sendiri.. sebab masa dia tengok TV.. dah nampak gaya macam duduk. Musim panas gini...