KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK

KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK . Sejak harga minyak macam biskut chipsmore.. sekejab naik sekejab turun ramai rakyat Malaysia mula membuat eksperimen sendiri cara penjimatan minyak. Macam2 tips di kongsikan untuk jimat minyak walhal secara logiknya tips yang takde kaitan pun. Depa rasa je macam jimat minyak tapi semua tu ilusi & silap mata. Kita je rasa macam jimat sebab mentaliti kita fikir cara tu menjimatkan padahal sebenarnya tidak. Zaman minyak macam nyawa seorang manusia ni.. sedaya upaya semua orang cuba memastikan minyak yang dia isi kat stesen minyak tidak tersia walau setitik. Pernah tengok tak orang lepas isi minyak ketuk2 nozel pam tu nak pastikan minyak tu masuk dalam tank hingga ke titisan terakhir. Betapa berharganya minyak pada rakyat Malaysia. Sebab minyak terlalu berharga yang menjadi nadi kepada manusia maka terciptalah pelbagai kepercayaan karut & mitos untuk jimat minyak. Salah satu mitos paling popular untuk jimat miny...