KISAH GADIS 15 TAHUN BUNUH DIRI SELEPAS SELESAI SOLAT ZUHUR

KISAH GADIS 15 TAHUN BUNUH DIRI SELEPAS SELESAI SOLAT ZUHUR . Kadang2 sebagai ibu bapa kita rasa cara didikan kita dah cukup betul bila melihat anak cemerlang dalam pelajaran, tidak nakal, rajin bersolat & mengaji. Kita rasa cara kita dah cukup betul.. tegas dari awal usia untuk membentuk anak yang cemerlang di mata masyarakat tanpa menyedari sebenarnya kita sedang melakukan satu kesilapan paling besar yang hanya menunggu masa untuk musnahkan segala yang kita miliki hari ni. Terbaca kat blog OhBulan .. Sebelum ni tak follow OhBulan sangat kat facebook.. rupanya blog OhBulan ni best juga cerita2 dia yang memberi pengajaran. Alkisah seorang ibu datang pada seorang penulis media sosial ni untuk menceritakan tentang kejadian anak perempuan dia yang berusia 15 tahun mengantungkan diri selepas selesai solat zuhur. Betul2 menyentapkan hati seorang ibu macam aku. Hati ibu mana boleh terima.. anak baru selesai beribadat boleh mengambil tindakkan sebegitu. Katanya.. Mereka ni dari kel...