Posts

Showing posts from June 8, 2011

SIAPA YANG PENGECUT?

Image
Kau ke aku?? ke dia?? atau mereka yang pengecut? Siapa kau & mereka tu?? Wah sang lekit bermukadimah dalam misteri pulak kan?? Hasil carian google. sekadar hiasan Kali ni sang lekit nak kopek isu pasal Blogger juga. Isu ni di kupas kupis secara umum tidak merujuk secara terus kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger. Kena mention awal - awal supaya kurang sikit salah faham dari manusia yang cepat sentap. Jadi siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Ada yang berpendapat bahawa blogger yang tidak menerima komen dari makhluk misteri bernama Anonymous di label sebagai penakut, tidak boleh menerima kritikan, kutukan & pendapat yang tidak menyokong mereka. Mungkin ada benarnya tapi kebanyakkan blogger tidak mengalukan kedatangan Anonymous dalam komen lebih kepada rasa rimas, meluat & menyampah sebab golongan Anonymous ni kita sedia maklum komen, pandangan, pendapat dorang ni lebih kepada bersifat dengki, tak puas hati & sengaja nak menjatuhkan ora...

DAGING BABI DALAM KASUT JEMAAH & PAGAR MASJID

Image
Seorang lelaki mabuk memasukkan daging babi dalam kasut jemaah masjid ketika mereka sedang bersolat & juga di gantung pada pagar masjid sebelum menjerit kearah masjid sambil berkata "Lain kali saya akan melakukan lebih teruk daripada ini. Orang terkutuk!"   Hasil carian google. Sekadar hiasan Bila di tangkap di beri alasan cuma bergurau. Dia yang mengaku bersalah kemudian meminta maaf pada jemaah masjid tersebut. Dari perbuatan beliau tu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama 6 bulan kerana beliau sudah meminta maaf. Kejadian ni berlaku di masjid Al-Baseera di St Judes, Bristol (London) yang sering dikunjungi kira-kira 2,000 umat Islam keturunan Somalia. Macam - macam orang kafir buat nak sakitkan hati Umat Islam kan?? Alasan bergurau memang tak logik & agak melampau. Rujukan : Harian Metro

HANTU PENANGGAL BURU WANITA LEPAS BERSALIN

Image
Buat sekian kalinya sang lekit nak kongsi lagi kepercayaan Hantu di kalangan masyarakat melayu dulu kala. Kali ni sang lekit akan mengopek tentang Hantu Penangal . Hantu penanggal ni juga di kenali sebagai hantu hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah. Jom kita kenali asal usul hantu penanggal/hantu tengelong/balan - balan ni. H asil carian google. Sekadar hiasan Hantu ni berasal dari seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam. Mereka yang di katakan menuntut ilmu ni mampu memisahkan kepada dari badan dan kepala mereka mampu terbang di samping tali perut yang terburai. Darah yang menitik & kalau terkena pada sesiapa di katakan berbisa dan mampu menyebabkan kudis. Mereka yang mengamalkan ilmu ni juga di percayai menyimpan cuka bagi tujuan memeram urat perut agar kecut sebelum di cantumkan kembali ke badan. Di cerita juga bahawa sekiranya ada orang yang terserempak dengan tubuh hantu ni kemudian di terbalikkan, hantu ini akan bercantum secara terbalik juga de...