Posts

Showing posts from May 12, 2011

JANGAN DI KAIT ORANG YANG TELAH TIADA

Image
 ** Sebelum korang meneruskan pembacaan sang lekit nak bagitau satu rahsia, entri ni sebenarnya entri yang di peram.. Tapi bila baca balik rasa ada pengisian di sebalik luahan perasaan ni elok juga kongsi kat blog ni untuk sama2 jadi peringatan pada diri sendiri & orang lain ** Bagi yang belum pernah melalui saat kehilangan orang yang tersayang.. Yang lahirnya kita mengenali dia.. membesar kita bersama dia.. dewasa kita melihat dia tua mungkin takkan rasa apa yang sang lekit rasa. Bayangkan berpuluh - puluh tahun kita melihat tangis, tawa, penat, lelah.. Tiba - tiba ia pergi. Menyentap jiwa dan sanubari. Hasil carian google. Sekadar hiasan Mari kita sama - sama bayangkan orang yang kita sayang yang telah selesai urusan dunianya kembali kepangkuan Ilahi tiba - tiba namanya di petik untuk di keji bagi menyakiti hati kita kerana dia merasa itulah senjata paling tajam untuk menikam. Tidakkah ia terlalu kejam?? Apa dosa si mati kalaupun perbalahan ini ada kaitan dengan orang y...

DALAM MIMPI KU TAHU HANYA MIMPI

Image
Tajuk entri pun dah buat korang pening kan?? Apatah lagi nak membayangkan macam mana dalam mimpi sang lekit tahu hanya mimpi. Pada yang pernah mengalami mimpi macam ni akan tahu la situasinya macam mana. Sebenarnya benda ni dah lama berlaku. Lagi kisah di ungkit dari zaman remaja ku. Tak tahu samada kelebihan atau kekurangan memang sejak kecik sampai sekarang sang lekit kalau tidur tak pernah takde mimpi.Tak tahu kenapa.. ada orang kata pelik sebab dorang tak hari - hari dapat mimpi tapi sang lekit tak.. terlelap 5 minit pun dah bermimpi. Berbalik pada kisah mimpi tu.. Ni bukan gaya sang lekit tidur tapi mungkin Nyah Zulfikar punya style tidur.  (Hasil carian google) Pada satu malam sang lekit bermimpi pergi memancing kat satu tali air yang jernih dalam kawasan kebun getah. Memang tempat tu wujud dulu kat kampung sang lekit tapi sekarang ni tak pasti pula sebab banyak kebun2 getah dah kena tebang mungkin parit kecil tu pun dah takde. Dalam mimpi tu sang lekit dapat tengok dal...