Posts

Showing posts from November 27, 2015

PENGGEMAR UDANG GALAH & KETAM BACA NI SEBELUM MENYESAL

Image
PENGGEMAR UDANG GALAH & KETAM BACA NI SEBELUM MENYESAL . Ni antara makan yang mahal jugak la nak2 lagi zaman GST semakin mahal jadinya tapi tetap tak kurang pemakan udang galah & ketam ni. Gila kau! Sedap kot.. Tapi aku ni nak kata suka sangat tak jugak. Lagi2 ketam.. Kadang2 aku masak je tapi tak makan sebab malas. Jenis seafood yang  susah nak makan ni kadang2 spoil selera aku. Tapi asben aku memang penggemar tegar dua haiwan air ni. Udang galah kalau liar punya lebih sedap dari yang bela dalam sangkar. Tapi tu la bukan senang nak tangkap udang galah. Sebab tu dia mahal kot.. Ketam pun aku tak sure jugak susah kena senang nak tangkap sebab harga dia pun boleh tahan la. Nak makan hari2 tu mungkin tak la dua ekor haiwan ni. Sekali sekala boleh la. Tapi ada ke orang hari2 makan udang galah & ketam.. Kalau ada aku kagum. Mungkin dia pembekal dua jenis seafood ni kot.. Tapi yang aku nak cerita ni mungkin akan menggugat sikit keimanan penggemar udang Galah & keta...

AWAS! SMARTPHONE MAMPU MEROSAKKAN PERCUTIAN ANDA

Image
AWAS! SMARTPHONE MAMPU MEROSAKKAN PERCUTIAN ANDA . Teknologi banyak dah merosakkan keseronokkan yang pernah kita rasa sebelum wujudnya smartphone. Kalau dulu pergi bercuti memang fokus bercuti je la. Fokus nak melawat atau berkunjung tempat best best. Paling2 pun bawa camera je nak simpan gambar buat kenangan. Tak sibuk nak buat live update bagai.. Setengah jam sekali update & upload gambar.. Tak tau la apa nikmat bercuti kalau asyik melekat dengan telefon je. Sebab tu aku bersyukur jadi diri aku yang tak kaya.. tak bekerjaya & tak kejar teknologi smartphone ni. Dengan Galaxy Y yang aku masih guna sampai sekarang aku tak jadi sangat manusia anti sosial yang kat mana2 saja asyik nak online & buat live update. Keluar jer dari pintu rumah aku selalunya akan terpisah sekejab dari dunia maya. Sebab tu kalau nak tau aku ada kat rumah atau tak.. Kalau tak aktif kat media sosial tu aku memang berada di luar la. Aku masih old school yang kalau nak online banyak depan pc &...

USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK

Image
USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK . Tahniah kepada Dato Paduka Ustaz Kazim Mohd Elias Atas kurniaan Darjah kebesaran dari Sultan Perak Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Murah rezeki Ustaz Kazim.. Dari Ustaz dapat Dato dari Dato dapat dato Paduka. gamaknya kalau aku tulis blog dengan bersungguh2 boleh dapat Dato tak? hahahaha tak payah berangan la lekatlekit Ooi.. Melekat la kau kat situ di tepian blog katanya. Bukan kata tak boleh berangan.. Berangan pun orang kata salah satu langkah pertama untuk menuju kejayaan. Langkah pertama jer.. Bukan dah berjaya ok. Kalau setakat kau berangan tapi seinci pun tak gerak masih dok terbongkang atas katil layan angan angan.. Mereput la kau kat situ sampai kiamat. Apapun semua kena di sertakan dengan usaha, doa & tawakal. Yang paling penting kurang merungut & merintih.. Lebihkan tindakkan & usaha. Ustaz Kazim Elias ni... erkk. dato Paduka Ustaz Ka...

BILA JADI ARTIS HILANG HAK UNTUK PRIVACY ANAK SENDIRI

Image
BILA JADI ARTIS HILANG HAK UNTUK PRIVACY ANAK SENDIRI . Kecoh dua tiga hari ni pasal Lisa Surihani yang menegur peminat yang curi snap gambar anak dia & sebarkan. Bila baca komen2 kat beautifulnara tu kemain depa dok hentam Lisa poyo la, berlagak la,sorok anak la, sombong.. bla.. bla.. bla.. dot mengumpat dot com. Seolah olah bila pasangan tu seorang artis maka segala apa je tentang dia kena kongsi dengan semua orang. Gambar Yang menjadi punca Lisa Surihani Menegur Peminat Yang Menyebarnya. Mungkin Gambar ni tak jelas sangat wajah anak depa tapi mungkin tu langkah pencegahan awal Lisa & Yusri untuk memberitahu Peminat supaya tiada lagi yang cuba menyebar gambar anak depa. Depa sendiri tak tunjuk.. so hormatilah privacy orang Betul la.. Bila dah nama artis semua orang teruja nak tahu kehidupan dia. Nak2 lagi yang baru dapat anak. Nak pulak mak bapak masing2 muka pan asia. Sapa tak teruja nak tengok muka anak depa. Macam minah saleh ke camna. Tapi bukan semua artis macam c...

SMARTPHONE LENOVO MEMALUKAN SANGAT KE?

Image
SMARTPHONE LENOVO MEMALUKAN SANGAT KE? Aku tak pernah guna smartphone jenama Lenovo ni sebab aku setia dengan Galaxy Y selagi dia masih mampu berkhidmat dengan cemerlang. Setakat ni masih boleh call, sms, anak aku tengok youtube selebihnya fungsi2 lain memang tak di gunakan sangat. Sebab aku nak online memang banyak dari PC & tab. Smartphone tu bagi aku memang fungsi tak banyak so keluar la laters version canggih sampai boleh ketuk2, gores & menang bagai, tetap aku tak rasa teruja sangat. Memang aku tak kejar sangat teknologi smartphone ni. Semalam terbaca satu caption ni.. Katanya "Jangan Malu bergambar pakai lenovo sendiri, Tapi malulah bergambar guna iphone orang." Terfikir jugak aku apa nak malu guna lenovo. Kalau di bandingkan lenovo dengan Galaxy Y aku rasanya yang pakai lenovo boleh kerek la sikit. Galaxy Y ni dah jauh sangat tertinggal. Tak tau la selain aku sapa lagi masih guna. Hahahaha... Bagi aku takde apa yang memalukan walau guna 3310 pun. Yan...