Posts

Showing posts from June 18, 2011

DI UGUT SEBAB LIPAS

Image
Kadang - kadang ada situasi yang memerlukan si isteri jadi penyelamat. Biasanya Serangga tanpa izin dalam rumah macam lipas, cicak ni paling di geruni atau geli oleh perempuan, kan?? Maka suamilah selalu jadi hero dalam rumah untuk menyelamatkan si isteri dari serangga kecil yang mampu buat para isteri/perempuan meremang bulu roma. Di lahirkan sebagai seorang perempuan yang takde rasa takut, geli atau fobia dengan serangga tanpa izin macam lipas & cicak maka aku tak perlu bantuan en hubby untuk menghalau pendatang tanpa izin dalam rumah. Alah.. benda kecik macam tu sang lekit memang boleh settle sendiri tanpa ada sebarang sound effect (jeritan). Tapi en hubby memang geli dengan serangga tu. Aduhai.. sanggup ugut bini tak nak mandi sebab ada sekor lipas yang dah nazak dalam bilik air. Jarang - jarang dah rumah sang lekit ni nak muncul lipas.. Tapi entah macam mana hari ni sesat pula sekor. Tu pun dah nyawa - nyawa ikan.erkk.. nyawa2 lipas. kekekekeke Macam ni la keadaan lipas tu...

KALAU DAH 4 BINI PUN MASIH TAK CUKUP.. LAYANAN PELACUR KELAS PERTAMA PUN BELUM TENTU PUAS

Image
Kes seorang buruh yang di jatuhkan hukuman 18 tahun penjara & 3 sebatan atas kesalahan merogol anak jiran yang berusia 11 tahun. Walau dah ada 4 orang bini tapi tetap la terlibat dalam jenayah rogol. (Sila clik DISINI untuk membaca artikel tersebut) Buruh 4 bini yang di jatuhkan hukuman kerana merogol kanak2 11 tahun Kalau bini - bini dia bagi layanan ala - ala pelacur kelas pertama pun belum tentu orang macam ni puas & tak melakukan perbuatan terkutuk tu pada seorang kanak - kanak. Bukan sorang bini dia tapi 4.. pun macam tak cukup. Selera iblis sangat kan?? Jantan macam ni bini layan macam mana pun belum tentu dia setia. Tak guna la sertai kelab atau apa jenis persatuan pun, dia tetap bernafsu syaitan. Kalau kes macam ni nak salahkan isteri jugak ker? Kalau sorang bini tak dapat memuaskan suami mungkin dapat di terima akal tapi kalau dah 4, takkan empat2 pun ada penyakit lemah nafsu syahwat kot. Bila jadi kes suami curang, suami makan luar, suami skandal dengan perempua...