Posts

Showing posts from January 19, 2011

ANDAI LUCKY DI BUANG SEMULA.. ADAKAH DIA AKAN BERTEMU DENGAN LUCK LAGI??

Kisah ni adalah kisah dari kesinambungan entri deqdeq berkenaan seekor anak kucing yang terjatuh dalam tasik & di selamatkan deqdeq namun atas sebab - sebab deqdeq menyewa bilik di rumah flat menyukarkan dia untuk memelihara lucky yang tidak sempurna seperti kucing - kucing lain. Deqdeq pernah membuat satu entri apa yang perlu dia lakukan kerana dia tidak terdaya untuk meneruskan niat membela lucky & deqdeq pernah juga terfikir nak buangkan semula lucky namun dari cerita deqdeq, aku dapat membayangkan Lucky takkan mampu hidup berdikari macam kucing terbiar lain. Kecacatan yang di alami Lucky jangankan nak mencari makan sendiri.. nak selamatkan diri dari ancaman musuh pun dia tak mampu. Walau ada blogger memberi kata - kata sokongan pada deqdeq.. Supaya membuang semula lucky, dan berdoa semoga Allah melindungi Lucky aku memang menegah deqdeq buat macam tu even aku sendiri pun mengalami masalah yang sama sekiranya nak adopt lucky. Then aku cadangkan deqdeq tanya pada PAPA kucin...