HUD JOURNEY.. SELEPAS 2 BULAN DI LAHIRKAN

HUD JOURNEY.. SELEPAS 2 BULAN DI LAHIRKAN . Dulu kakak dia, shahila saya suka update juga perkembangan sampai umur setahun lepas tu dah jarang update sebab focus menulis benda benda lain hehehe. So untuk Hud di kesempatan yang ada nak juga coretan something tentang dia di blog ni. At least kalau blog ni masih ada sampai anak anak besar.. Manatau depa nak baca kan. Alhamdulillah.. Hud dah 2 bulan. Sekejab je kan? Yelah.. sekarang ni memang masa sangat cepat berlalu. Dalam tak sedar sekarang kita dah di pertengahan tahun pun. Yang mana dok berazam awal tahun tu gamaknya dah settle ke azam memasing. Azam saya sejak 2 tahun lepas cuma nak habiskan kes saman saya lepas tu enjoy besarkan anak anak je. Apapun keputusan mahkamah untuk bicara tafsiran nanti.. Saya redha je. Hud sekarang dalam usia dua bulan dah pandai respond bila kita berbual. Dah keluarkan bunyi bunyi seolah olah sedang bercakap dengan kita. Bila kita agah agah.. tersengih.. sesekali keluar suara kuat sikit tergelak. Bang...