KERETA MILIK PENUMPANG MH370 TERSADAI DI KLIA
Dari perkiraan aku sendiri dah 75 hari pesawat MH370 lenyap & ghaib dari pandangan mata kita bersama anak kapal & penumpang. Mungkin ramai dah semakin tidak peduli.. tidak simpati & tiada apa2 rasa lagi pada trajedi MH370 ni tapi pada aku ia masih menjadi persoalan yang takde jawapan & menjadi satu trajedi yang sedih bila di kenang. Sedih sangat sampai bila ternampak satu post kat FB yang berkongsi satu kereta yang di katakan pemiliknya salah seorang penumpang MH370 yang masih hilang.. serius terus sebak even tengok gambar kereta je. Sumber Gambar FB Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman Nasib mereka takde siapa yang tahu.. apa yang berlaku kita rakyat yang tak ada kuasa atau kepakaran untuk mendapat maklumat sebenar kehilangan MH370 hanya boleh membuat andaian & menjawab teka teki yang tiada jawapan pasti. Apapun aku masih berpegang dengan 1 kepercayaan.. Semua ni masih menjadi rahsia Allah bukan kerana manusia hebat menyembunyikan kebenaran tapi Allah m...