Posts

Showing posts from November 3, 2010

AKSI LENSA

Image
Kadang - kadang tengok pic.. dengan aksi muka yang pelbagai.. kejab muncung bibir.. jelir lidah.. kerut dahi..mata juling comel jugak. Lebih - lebih lagi adik - adik rumaja kita.. Maaf yer gambar ini tidak di kategorikan comel.. hanya comot & compang camping Tapi bila seorang gadis beraksi depan lensa camera sambil membuat simbol jari tengah.. hurmm... kurang sopan. Lebih - lebih lagi gadis melayu. Tak nampak comel.. tak nampak nakal.. Tak nampak seperti satu jenaka tapi nampak seperti gadis liar. Tak salah nak buat action macam - macam bila bergambar agar nampak comel dalam comot tapi jangan sampai menjatuhkan maruah sendiri dengan aksi - aksi simbol lucah macam tu. Apakata jari tengah tu di naikan satu lagi jari telunjuk.. Kan melambangkan kedamaian.. Peace No war. Pakaian melambangkan gadis melayu & muslim.. tapi aksinya.. hurmm.. Jika gambar itu untuk simpanan peribadi.. simpan la baik - baik jangan di muat turun untuk orang lain. Pasti mengundang tanggapan negatif te...

SAYANG ANAK TANGAN - TANGANKAN.. bukan sampai kehilangan tangannya.

Image
 Kisah & teladan ni aku cedok dari post kawan - kawan di FB.. sungguh menyentuh hati bila membaca.. Kesahihan cerita tak dapat nak di pastikan.. tiada siasatan terperinci aku jalankan.. Tapi tak kisah la dari mana datangnya kisah ni... samada cuma hasil imaginasi seseorang atau dari pengalaman seseorang namun cukup memberi pengajaran pada kita semua. Jom kita sama - sama hayati kisah.. Abah, bagi balik tangan ita..            Sekadar gambar hiasan* Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kir...

ULAR JELMAAN di panggung DBKL

Image
Wah teruja.. excited.. tergedik.. terkinja - kinja. Kenapa?? Tercalon dalam anugerah ABPBH ker?? Op's bila masa aku ni artis or penggiat seni? Aku cuma penggemar seni jer.. Ada ke anugerah untuk aku malam ABPBH tu nanti?? Adakah aku kemaruk sangat trofi ni?? Apa kes kan??   Oh.. tidak kawan - kawan. Bukan itu menjadi keterujaan ku... Terbaca blog kak Lenny Erwan tadi. Dia ada annouce pementasan teater semarak bangsawan yang bertajuk PANCA DELIMA. Alah.. kisah anak raja kena sumpah jadi Ular tu. Karya Agung seniman Tan Sri P.Ramlee.. lakonan Bapak Jin kita. Oit.. bukan Jin yang di reka2 siti Balqis tu. Ini Dato Jin Samsudin la. Pementasan teater ni akan di adakan di panggung DBKL .. (macam biasa la) dengan tiket berharga cuma RM5 je Uolls. Tak mahal berbanding tiket wayang. So, pada kengkawan yang blom penah tengok teater apa kata ramai - ramai serbu panggung DBKL pada 12 - 14 nov ni . Tengok teater lebih nikmat kalau dapat seat depan. Belakang tak best. Jauh.. tak nampak. T...

1st giveaway kasut tumit tinggi

Image
KASUT TUMIT TINGGI  Wah 1st time nak join contest kat blog ni.. contest ni di anjurkan oleh http://leenasaffee.blogspot.com/2010/11/maka-berlangsung-nyer-1st-giveaway.html .Tak bapa pandai sangat tapi just try. Bukan sebab hadiah ke apa.. tengok macam best jer... Contest ni pun pasal kasut tumit tinggi nak share skit kenangan bersama kasut tumit tinggi Masa tu umo baru 13 tahun.. baru berubah zaman.. Dari kanak - kanak ke remaja. Pada satu hari minggu tu kengkawan nak kuar gi town.. masing - masing bergaya dengan kasut tumit tinggi. Den mana ada kasut tumit tinggi.. Mana nak cari ni??? Yang ada sport shoes or kasut - kasut bertumit rata jer.. Apa lagi selongkar khazanah mak la.. sebab kaki mak kecik. Mak memang banyak koleksi kasut tumit tinggi.. Maka jumpa satu kasut tumit tinggi yang comel.. Apa lagi melaram tak hingat la.. 1st time pakai kasut tumit tinggi, jalan pun pelan - pelan. kekok & cover2 takut tersungkur. Lenguh Tuhan jer yang tau.. Tapi sebab taknak keting...

KAMU KAYA, DUIT BERJUTA - JUTA.. TAPI MAMPUKAH KAMU???

Image
Sila jawab.. Mampukah kamu?? Kamu pakai BMW, merc & bagai lagi keta mewah tak terhafal sebab tak termampu nak beli.. Umah banglo bertingkat - tingkat (aku cuma mampu beli mangkuk tingkat jer & sewa umah tingkat 9), orang gaji 2 3 orang.. Bini sarat dengan intan berlian, laki terlondeh suar sebab banyak credit card.. (orang kaya tak bawa cash banyak2), anak - anak tak main la pakai barang brand yebeng or uptown.. dari laman umah sampai toilet, berkilat lantai.. tak tau la cuci guna Ajax ke sabun cap kapak.. Tapi mampukah kamu?? Mampukah kamu memiliki hati yang mulia seperti PAPA memungut Amin dalam keadaan begini sehingga.....   Sesihat begini?? (amin kini semakin ensem & berwajah riak) Mampukah kamu?? Kamu hanya mampu memiliki kucing parsi or kucing - kucing comel yang harga mencecah ribuan ringgit lalu di kurung dalam sangkar, sekali sekala di belai... Tapi mampukah kamu membela makhluk Tuhan yang terbiar, berkudis.. berkurap, berulat sehingga ia kembali sihat ...

MUSIM BERENANG

Image
Dah tiba... sediakan pelampung, sampan, rakit.. speedboat, tongkang, banana speed or sebagainya kerana kini musim untuk berenang - renang di rumah sendiri telah kembali lagi. Wah.. sana - sini sibuk bercerita pasal banjir yang kebanyakkan di sebelah utara & pantai timur. Kawasan - kawasan yang terdedah dengan kejadian banjir setiap tahun mesti mengeluh lagi. Pada adik - adik jangan nak renang berirama time - time banjir camni. Mengikut laporan akhbar dah ada mangsa yang maut akibat banjir antaranya seorang remaja 13tahun (kelantan) & seorang warga Jerman (Kedah). Teringat kampung halaman ku.. walaupun rumah ku tidak terdedah pada banjir, tapi kat kampung aku masih ada yang terlibat dengan banjir. Ada rumah yang air masuk hingga melepasi bumbung. Kenapa rumah aku tak tenggelam. Sebab di kawan umah aku agak tinggi. Kampung aku selalunya akan banjir di hujung kampung. Rumah - rumah yang berdekatan sungai & berkawasan tanah rendah. Time - time banjir camni isu bantuan akan ja...