PPIM BANTU GADIS YANG DI DAPATI BERSALAH MEMBUKA KLINIK MEMASANG PENDAKAP GIGI TANPA LESEN & TAULIAH UNTUK KUMPUL DANA MEMBAYAR DENDA

PPIM BANTU GADIS YANG DI DAPATI BERSALAH MEMBUKA KLINIK MEMASANG PENDAKAP GIGI TANPA LESEN & TAULIAH UNTUK KUMPUL DANA MEMBAYAR DENDA . Pagi pagi di tag isu ni kat satu group. Rasanya ramai yang tahu kes seorang gadis yang di dakwa membuka klinik tidak berlesen & memasang pendakap gigi tanpa tauliah & di jatuhi hukuman denda sebanyak RM70,000 selepas mengaku bersalah. Di sebabkan dia tak mampu membayar denda maka dia di penjara selama 6 hari. Selepas kesnya menjadi viral & bapanya ada membuat posting bagi mengumpul dana, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) & Pertubuhan Aktivis Ekonomi Islam Malaysia (PPEM) turut serta untuk membantu mengumpul dana bagi membebaskan gadis tersebut. Aktivis utama PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Nur Farahanis adalah seorang wanita pintar yang hanya membantu membetulkan pendakap gigi pada temannya berdasarkan pengalamannya sendiri yang dipelajari dari Youtube. "Kami merasakan bahawa kami perlu membantunya dan kami...