BAGI MAKAN KUCING TERBIAR LEBIH BERSALAH DARI BELA ANJING

BAGI MAKAN KUCING TERBIAR LEBIH BERSALAH DARI BELA ANJING . Kalau sesiapa yang ikuti aku kat Facebook maybe ada ternampak aku up status berkenaan aku dapat warning letter dari badan pengurusan bangunan kat sini dengan tuduhan dalam surat tu... aku membela binatang peliharaan yang tidak di benarkan walaupun aku tak bela apa2 pets selain pets tak di undang cicak, lipas & semut je. Lipas tu selalu je aku bunuh tanpa belas kasihan sehingga dia tak berani lagi bertandang kat rumah aku secara terang terangan. Kalau seludup2 masuk tu ada la. Cicak pulak aku tak sampai hati nak bunuh.. aku nak halau secara berhemah pun tak tau macam mana jadi aku biar je la. Setakat sekor dua tu nanti pupus la tu hahaha. Semut yang paling susah nak slow talk sampai kena sorok gula dalam peti ais. Nak berkasar tak sampai hati.. Hari2 la aku dok pujuk suruh dia pergi bina penempatan dia kat tempat lain. Alhamdulillah dah semakin kurang... Ni la muka2 yang aku dok bagi makan. Tak kesian ke? Berbalik ki...