PERINGATAN KEPADA PENIAGA KAD TOPUP @ RELOAD PREPAID

Sebenarnya ada banyak peniaga yang suka suki caj kad top @ reload prepaid ni lebih 50sen contoh kau beli topup RM10 tapi dia jual RM10.50. Dulu kat kampung aku pun ada satu kedai runcit buat macam tu. Bila kat kampung ni bukan macam pekan atau bandar2 bersepah kedai jual topup kan.. Ada satu dua kedai jual topup tu kira bertuah sangat tapi sekarang nampaknya dah semakin ramai pekedai kat kampung yang mula jual topup so, peniaga2 lain dah tak boleh ambil kesempatan kenakan caj lebih 50sen la. Tadi terbaca kat sinar harian sebuah kedai yang menjual kad topup lebih harga... BANTING - Tindakan sepasukan anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sepang menyamar sebagai pengguna membeli kad tambah nilai di sebuah premis kedai serbaneka di sini berjaya membongkar aktiviti penjualan kad tambah nilai yang dicaj lebih 50 sen. kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu memberi seseorang ...