PONTIANAK MENGAMUK KERANA KAIN BATIK DI KULIM
Alahai cik Pon pasal kain batik buruk je pun nak tacing lebih lebih kan.. Yelah kain batik tu ada sentimental value kat dia yang kau pergi bakar apahal?? Kain batik tu mungkin peninggalan terakhir tuan dia pada dia kan.. Mesti la dia marah. hari minggu kisah pontianak pulak dah. Takde la tadi terbaca kat Sinar Harian kisah pasal sepasang suami isteri kat kulim sana di ganggu Pontianak di rumah sewa mereka. Kata depa la.. Pontianak tu selalu bertenggek atas bumbung, buat bunyi2 seram & cakar bumbung rumah depa selepas depa bakar kain batik buruk yang depa jumpa kat kaki lima rumah depa tu. Nak2 lagi rumah yang depa sewa tu rumah baru siap.. Elok di buat bacaan yassin ke hapa dulu kan sebelum duduk. Yelah.. tempat baru.. kita tak tau tapak rumah tu dulu tapak rumah sapa, kan?? Dari cerita yang den baca kat sinar harian katanya kain buruk tu di bakar punca Cik Pon mengamuk sakan. Tu pun depa tau selepas merujuk kes seram depa kat pengamal perubatan & bagi mengatasi masalah itu...