GAJI RM800 TAPI BELANJA MACAM GAJI RM8K
Bila orang sebut Dolce, Gabana, Gucci bagai telan air liur je. Yelah gaji cuma RM800, sewa rumah RM250, nasib baik bil elektrik bawah RM20 jadi tak perlu bayar, Bil air tak risau mesti bawah RM10 sebulan tapi makan, pakai, simpan sikit manalah tau emergency. Tinggal berjauhan dengan keluarga ni kena ada persediaan awal. Tu kisah sang lekit waktu kerja di cyber cafe ( kerja sementara nak dapat kerja ) selepas company yang sang lekit kerja sebelum tu tutup sebab masalah dalaman & kewangan. Memang ada simpanan sang lekit masa keja kat situ ( gaji kat situ pun not bad so dapat la saving sikit2 ) tapi sang lekit dah la menyewa sorang2 lepas tu jauh dari family jadi selagi boleh gunakan duit gaji yang seciput tu sang lekit taknak la keluarkan duit simpanan. Cerita macam setahun je kerja kat cyber cafe tu kan padahal kerja 1 bulan jer.( errkk.. dua bulan kot.. tak ingat pulak ) Berbalik pada kisah sebenarnya.. Gaji RM800 belanja macam gaji RM8k sebulan. Maksudnya orang yang...