Posts

Showing posts from March 31, 2011

LELAKI KACAK/HENSEM/MACHO SELALUNYA DAH BERPUNYA

Image
Betul ke statemet tu? Kebanyakkan memang macam tu.. Yang kacak, ensem, macho, tampan lagi bergaya.. Nak - nak lagi yang ayat mampu buat perempuan melentok liuk, meleleh air liur bagai tu peratus solo/bujang memang agak berkurangan tapi peratus dah berpunya tu memang banyak. Kenapa Sang Lekit cakap macam tu.. Ini kajian sendiri yer.. Kajian di buat semasa zaman bujangan dulu. Biarpun lelaki yang mempunyai kelebihan dari rupa, gaya & pandai berkata - kata ni mengaku bujang tapi akhirnya akan terkantoi juga status sebenar diorang. Tak laki orang, pakwe orang atau tunang orang. Kelebihan yang ada pada lelaki berciri macam ni selalunya di salah guna tapi bukan semua yer... segelintir sahaja. Kenapa mereka jadi macam tu? Sebabnya diorang masih ada value pada pandangan mata seorang perempuan. Umpama petik jari, bersepah perempuan melentok kat bahu umpama daun2 kering yang jatuh pada musim luruh gitu. Mereka di hadapkan dengan banyak pilihan buat kesetian sang lelaki kacak ini sedikit ...

BLOG AKU DAPAT 10,000 VISITOR

Image
Setiap apa yang kita lakukan mesti ada target & matlamat kalau tak macam satu perjalanan yang takde tujuan jer kan? So, Sang Lekit memang target nak dapat 10k Visitor & akhirnya.. Lihatlah dunia! Aku berjaya... wah.. bukan main seronok macam dapat RM10k lak kan.. Rekod ni berjaya di raih melalui Gengblogger tapi bukanlah untuk satu hari punya rekod yer. Kalau satu hari punya rekod bukan pecah panggung dah... Boleh pecah punggung. Kekekekekekeke... Memang target Sang Lekit bulan ni nak dapat 10k pelawat melalui statistik Gengblogger. Pagi ni bila tengok angka semakin hampir dengan yakin Sang Lekit asyik refresh jer statistik kat Gengblogger supaya tak terlepas angka menarik. Memang dah tekad nak printscreen tepat 10,000 tak mau terlebih walau satu pun. Dan berjaya jugak. Apapun tahniah buat diri sendiri kerana berjaya juga meraih 10k pelawat dari gengblogger untuk bulan march ni. ( biarpun rekod ni bagi sesetengah blogger kecil tapi bagi Sang Lekit masih besar setakat ni )...

KENA BELASAH DENGAN SUAMI SEBAB MENGIDAM

Image
Mengidam satu perkara biasa bagi wanita hamil.. Yang luar biasa cuma mungkin apa yang di idamkannya. Tapi dalam kes ni wanita hamil ni takde la mengidam yang pelik - pelik sangat cuma mungkin sebab tak kena masa kot dia minta apa yang di idamkan membuatkan dia di belasah suaminya sendiri. Alkisahnya.. Seorang wanita hamil yang mengidam buah munggai/kelur serta lempuk durian minta Sang Suami mencarinya. Sang Suami yang baru balik kerja & tak sempat nak berehat naik berang dan terjadi pertengkaran selama 20 minit sebelum Sang Suami menendang & memukul isterinya yang mengidam tu. Memang agak melampau sebab isteri tengah mengandung, sepatutnya dia faham & beralah sikit. Sebab mengidam buah ni la Sang Isteri di belasah suami Dalam kes ni Sang Suami memang la terang - terangan salah kerana memukul Si isteri yang mengandung 4 bulan kerana mengidam. Tapi Si Isteri juga ada silapnya kat situ. Sang Lekit tengah mengandung 4 bulan sekarang ni tapi alhamdulillah setakat ni takde l...