Posts

Showing posts from June 17, 2011

ORGAN HARAM DIJUAL TAPI BOLEH DIDERMA

Image
Sorotan dari kisah di harian metro semalam seorang isteri yang sanggup berkorban & menjual buah pinggangnya demi melangsaikan hutang along yang di buat suaminya untuk memulakan perniagaan tapi malangnya perniagaan itu gagal. Besar sungguh pengorbanan seorang isteri sampai sanggup jual buah pinggang dia kan?? Yang suami takkan la tak kesian. Dia buat hutang, bini kena tanggung. Takkan itu satu - satunya jalan yang ada kot... Entahlah, hal laki bini diorang siapa yang tahu, kan? Daripada isu tu hari ni di harian metro keluar lagi artikel berkenaan penjualan organ. Dari segi hukum agama ia memang haram & dari segi undang - undang juga salah. So, kalau akak ni tekad juga jual organ untuk langsaikan hutang suami dia, beliau dah melakukan dua kesalahan. Hasil carian google. Sekadar hiasan Dalam Islam membolehkan kita untuk menderma organ dengan syarat jangan ada unsur dagangan atau jual beli kerana ia kurniaan Allah SWT yang tiada nilainya. Aktiviti menjual organ juga salah dari...